KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk mencapai tahap sebuah negara yang mampu menjamin kestabilan dalam pelbagai aspek terutamanya membabitkan masyarakat yang inklusif dan aman serta menegakkan keadilan yang lebih menyeluruh, Malaysia perlu berusaha lebih gigih selain memperbaiki kekuatan yang ada.
Menurut Pengerusi Global Leadership Foundation (GLF) Helen Clark, langkah lebih proaktif perlu dimainkan negara ini dalam menangani pelbagai isu yang melanda terutamanya dalam membabitkan isu rasuah yang banyak diperkatakan.
Ia jelasnya selari dengan langkah dan agenda yang telah dipersetujui oleh badan antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Sustainable Development Goals (SDGs).
“Kita tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku dalam tempoh satu malam tetapi ia memerlukan proses permulaan dan ia tentunya akan membuahkan hasil yang diharapkan dalam masa tertentu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program GLF Asia-Pacific Leaders Dialogue Malaysia 2023 hari ini.
Malah menurutnya, sesi dialog seperti yang diadakan kali ini juga amat memberikan hasil yang baik dalam konteks perbincangan dalam menentukan hala tuju yang lebih jelas bagi rantau Asia Tenggara.
Katanya lagi, pertukaran pendapat dan perbincangan yang diadakan itu membolehkan GLF menjadi platform terbaik dalam mencari pendekatan yang lebih efektif dalam pelbagai aspek.
Sementara itu Pemegang Kerusi Tun Hussein Onn dalam Pengajian Antarabangsa Institut Kajian Strategik & Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Zakri Abdul Hamid pula berpendapat, kini adalah masa terbaik bagi Malaysia untuk memperbetulkan keadaan dalam memastikan negara berada di landasan yang betul.
“Malaysia memang terkenal dengan kepintaran untuk menyediakan polisi, strategi dan juga pelbagai program tetapi agak kurang dari segi implimentasi.
“Itu beberapa isu tetapi kadang-kadang peruntukan tidak diberikan sepenuhnya kepada agensi-agensi kerajaan,” katanya ketika ditanya soal potensi dan aspek pembangunan mampan dan lestari negara ini.
Malah menurutnya satu mekanisme atau penyelarasan membabitkan pelbagai kementerian kerajaan untuk melaksanakan setiap program yang dirancang perlu diwujudkan.
“Saya amat yakin dengan iklim atau suasana yang berlaku di negara kita hari ini, inilah masanya peluang untuk kita memperbetulkan keadaan memastikan Malaysia melaksanakan apa yang dirancang dan juga menjadi negara pemimpin dalam hal pembangunan lestari di peringkat dunia,” katanya.
Menurutnya lagi, ia bukanlah mustahil memandangkan Malaysia pernah melakukannya satu ketika dahulu pada tahun 1992 di ‘Earth Summit’ di Rio, Brazil.
Pelbagai agenda global dibincangkan pada GLF Asia-Pacific Leaders Dialogue Malaysia 2023 kali ini, terutamanya membabitkan agenda SDG yang telah dirumuskan oleh 193 anggota PBB untuk dicapai menjelang tahun 2030.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Feb 08 2023
Helen Clark selaku panel utama pada program GLF Asia-Pacific Leaders Dialogue Malaysia 2023 yang berlangsung hari ini. Foto Astro AWANI
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Malaysia perlu berusaha lebih gigih tangani isu rasuah - GLF
Langkah lebih proaktif perlu dimainkan Malaysia dalam menangani pelbagai isu terutamanya yang membabitkan isu rasuah yang banyak diperkatakan.