awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu berwajah baharu selepas episod COVID-19 - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/04/2020
15:21 MYT
Malaysia perlu berwajah baharu selepas episod COVID-19 - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perubahan itu perlu dilakukan dengan keberanian yang menyeluruh. - Bernama
Malaysia harus mengambil pengajaran yang sewajarnya dari episod penularan wabak COVID-19 di negara ini, dan seterusnya menjadi negara yang lebih baik di masa akan datang.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, perubahan itu perlu dilakukan dengan keberanian yang menyeluruh.
“Dan ini memerlukan keberanian dari segi kepimpinan, kesediaan untuk berubah, sambutan rakyat pada dasar kita, dan dokongan daripada industri, dan perniagaan untuk membantu, supaya matlamat kita ini boleh tercapai,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama Editor Astro AWANI Essan Yahya, dan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Zaleha Khairene Ismail di Bangunan Putra Perdana, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata lanjut, dalam usaha memastikan negara mempunyai strategi keluar, amat penting untuk memastikan ianya tidak dilakukan secara terburu-buru, hingga akhirnya mengakibatkan risiko berterusan kepada negara.
“Saya peringatkan (kepada Jemaah Menteri) jangan bila besok nak pulih, orang lain yang di belakang boleh pergi ke hadapan daripada kita, kerana strategi kita tidak betul, langkah kita tidak tepat atau pun tindakan kita tidak berkesan, atau dasar kita tidak mengenai pada sasarannya. Ini perkara yang kita sedang fikirkan.
“Sebab itu keadaan apa sekali pun kita kena rancang secara teratur. Dan ini memerlukan kebijaksanaan, malahan keberanian. Bukan hanya buat itu sahaja dan harapkan sesuatu yang baik,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, khidmat pakar digunakan kerajaan untuk memastikan sebarang keputusan berhubung strategi keluar, benar-benar berkesan, dan mengambil kira sebarang kemungkinan di masa akan datang.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PKP
#PM
#rakyat
#wajah baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan