KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan pengenalan undang-undang khusus untuk menangani masalah pembuangan dan pencemaran plastik yang menjadi isu utama di Malaysia.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan kementerian itu sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
"Sebahagian besarnya bergantung kepada kerajaan tempatan. Ada beberapa bandar seperti Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor bergerak pantas, yang lain tidak," jelasnya.
"Kita memerlukan pendekatan nasional untuk menangani pencemaran plastik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 2024 di sebuah hotel di sini hari ini.
Nik Nazmi menjawab kepada kajian baru-baru ini yang mendapati Malaysia menduduki tempat teratas dalam kalangan 109 negara dalam penggunaan mikroplastik dan merupakan antara sepuluh teratas paling banyak menyedut zarah mikroplastik.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science and Technology dan dipetik oleh The Straits Times mendapati bahawa setiap penduduk Malaysia mengambil secara purata 502.3 miligram (mg) mikroplastik setiap hari dengan lebih 50 peratus daripada pengambilan ini datang daripada memakan ikan.
Nik Nazmi berkata kementerian itu sedang berbincang dengan Kementerian Ekonomi untuk menjalankan kajian sewajarnya mengenai dasar plastik negara.
Beliau juga menekankan tentang keperluan untuk rangka kerja undang-undang yang teguh untuk menghapuskan penggunaan plastik sekali pakai secara berperingkat, meningkatkan kadar kitar semula dan memerangi pencemaran plastik dengan berkesan.
"Perbincangan sudah pun berjalan.
"Kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar kementerian, bertemu dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik dan perunding untuk belajar daripada negara lain dalam menentukan jalan terbaik ke hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 06 2024

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang berbincang dengan Kementerian Ekonomi untuk menjalankan kajian sewajarnya mengenai dasar plastik negara. - Gambar fail

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Assalamualaikum RARA tarik lebih ramai pengunjung
Program Assalamualaikum RARA 2025 berlangsung di Murtadha Dakwah Centre (MADAD), di Sungai Petani jadi tarikan menarik ramai pengunjung, hadir ke program anjuran Astro.

Nilai perpaduan, integriti, keadilan Tunku Abdul Rahman jadi pegangan kemudi Kerajaan MADANI - Anwar
Anwar berkata nilai perpaduan, integriti dan keadilan buat semua yang diwariskan Tunku Abdul Rahman menjadi pegangan beliau dalam mengemudi Kerajaan MADANI.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR melalui program Santuni MADANI
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta bagi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) buat lebih 9,000 penghuni PPR sekitar Lembah Klang.

Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.

Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.

Dewan Negara: Kerajaan wajar gubal undang-undang khusus berkaitan diskriminasi
Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang berkaitan diskriminasi seperti Akta Anti-Diskriminasi, bagi menjamin keharmonian dalam kalangan masyarakat, Dewan Negara diberitahu.

Wujudkan undang-undang khusus kekang kejadian buli - Pensyarah
Sama ada tindakan undang-undang terhadap perbuatan buli boleh dibawa ke mahkamah atau tidak, ia bergantung pada fakta kes dan kecederaan yang dialami serta akibat kecederaan yang dialami.