awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Prihatin: Enam teras utama kejayaan KSM

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
09/03/2021
05:37 MYT
Malaysia Prihatin: Enam teras utama kejayaan KSM
Saravanan berkata, kesemua teras itu selari dengan perkara yang digariskan dalam NHRB yang dijangka akan dilancarkan pada 1 Mei depan. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Sebanyak enam teras utama di bawah Inisiatif Sumber Manusia Nasional adalah antara kejayaan Kementerian Sumber Manusia (KSM) selepas setahun pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, enam teras utama tersebut termasuk aspek pembangunan kemahiran; perkhidmatan pekerjaan dan pematuhan aspek perburuhan serta perhubungan perusahaan.
Selain itu ialah aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, perlindungan sosial dan tadbir urus.
Menurut beliau, enam teras itu merupakan inisiatif dan kolaborasi yang dilaksanakan secara kolektif di peringkat kementerian termasuk jabatan serta agensi.
Katanya, kesemua teras itu selari dengan perkara yang digariskan dalam Pelan Tindakan Sumber Manusia Kebangsaan (NHRB) yang dijangka akan dilancarkan pada 1 Mei depan.
"Antara sumbangan KSM semasa tempoh pandemik COVID-19 adalah pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara, Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PENJANA HRDF) oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan PENJANA Kerjaya 1.0 dan 2.0 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) termasuk Program Subsidi Upah (PSU).
"Selain itu, Penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan 2020) Akta 446 mulai 1 Jun 2020 telah diperluaskan kepada semua sektor perniagaan," katanya dalam sidang media Pencapaian KSM di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, Saravanan berkata, fokus KSM untuk tahun ini adalah menjurus kepada enam aspek iaitu integrasi data bagi jabatan dan agensi di bawah kementerian.
Selain itu, katanya, peningkatan keupayaan institusi latihan, cadangan Pusat Sumber Manusia Negara (PSMN) dan peningkatan aspek perlindungan sosial antara perkara yang diberi tumpuan KSM.
"Kementerian turut memandang serius aspek peningkatan penyelarasan bagi usaha meningkatkan kemahiran (upskilling) dan memperkukuhkan kemahiran (reskilling) serta penswastaan pemeriksaan jentera dan kilang di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Saravanan
#COVID-19
#PENJANA
#kerajaan
#ekonomi
#pandemik
#subsidi
#Subsidi upah
#Menteri Sumber Manusia
#Inisiatif Sumber Manusia Nasional
#Perikatan Nasional
#Malaysia Prihatin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan