awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pelaburan - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2024
12:03 MYT
Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pelaburan - Anwar
Anwar Ibrahim berkata, pelan itu bakal meliputi pakej insentif lebih menarik bagi menarik kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Satu pelan strategik semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh menerusi Kementerian, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu bakal meliputi pakej insentif lebih menarik bagi menarik kemasukan pelaburan strategik dalam semikonduktor berteknologi tinggi khususnya bagi menggalakkan lebih banyak aktiviti front-end dalam industri semikonduktor di Malaysia.
Beliau memberitahu, perkata itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 3 tahun 2024 yang dipengerusikan beliau, pagi Selasa.
"'Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 3 tahun 2024 yang antara lain meneliti kedudukan semasa dan prospek masa hadapan negara bagi industri semikonduktor termasuklah sokongan kepada pelbagai cadangan pengembangan yang telah diajukan kepada saya sebelum ini.
"Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan agar MITI untuk merangka Pelan Strategik Semikonduktor secara menyeluruh bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik ini," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau di sini, pada Selasa.
Perdana Menteri berkata, perkara itu penting bagi menarik minat pelbagai syarikat semikonduktor antarabangsa untuk menubuhkan fasiliti pembuatan semikonduktor berkualiti tinggi di Malaysia.
Beliau memberitahu, mesyuarat sama juga meneliti cadangan pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP), dan bersetuju ia dilaksanakan secara usaha sama oleh syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Perak.
"Ini merupakan titik tolak kepada usaha Kerajaan MADANI untuk mempercepatkan pembangunan KIGIP, yang dilihat sebagai salah satu pemangkin utama bagi menarik pelaburan hijau ke dalam negara sementelahan pengoperasiaan KIGIP akan dijana sepenuhnya dengan Tenaga Boleh Baharu (TBB) selaras dengan aspirasi negara ke arah mencapai neutral karbon seawal 2050," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pelaburan semikonduktor
#Majlis Pelaburan Negara
#Kementerian Perdagangan dan Industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan