KUALA LUMPUR: Skuad negara mempamerkan kayuhan bertenaga untuk merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi, malam tadi.
Trio lelaki - Muhammad Ridhwan Shahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Umar Hasbullah - yang turun selaku pemenang gangsa tahun lepas di Velodrome Nasional, Nilai, berjaya memperbaiki kedudukan ke tempat kedua dengan catatan 44.607 saat (s) di Kompleks Sukan Indira Gandhi.
Skuad negara tewas kepada juara bertahan, Jepun yang dibarisi oleh Yuta Obara, Kento Yamasaki dan Minato Nakaishi yang mempertahankan gelaran Asia dengan catatan 44.367s pada final, manakala China membawa pulang gangsa selepas menewaskan pasukan tuan rumah pada penentuan tempat ketiga.
Pasukan wanita yang terdiri daripada Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Anis Amira Rosidi dan Nur Aliana Syafika Azizan mencatatkan 50.095s pada final, di belakang trio Zhou Fei, Tong Menggi, Wang Lijuan (48.178s), manakala Korea Selatan membawa pulang gangsa.
Sementara itu, atlet berbasikal para juga beraksi cemerlang untuk meraih emas acara pecut berpasukan campuran C1-5.
Trio negara Muhamad Yusof Hafizi, Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhamad Hafiz Jamali (52.284s) berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Arshad Shaikh, Jalaluddin Ansari dan Basavarai Horaddi (1:02.661s) untuk muncul juara, manakala Arab Saudi meraih gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Skuad negara pamerkan kayuhan bertenaga untuk merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki di New Delhi, pada Rabu. Foto fail/BERNAMA
Kewartawanan Data: IPPTAR, UiTM anjur platform persediaan bakal pengamal media
Kerjasama ini penting dalam evolusi media dan kewartawanan, mempamerkan dedikasi kepada inovasi dan kebaikan bersama.
Debat MRSM Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap kualiti pengucapan awam pelajar
Debat MRSM Se-Malaysia kembali lagi tahun ini dengan tema 'Debat Epitome Minda Madani' melibatkan kesemua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi merebut Piala Timbalan Perdana Menteri.
Pengusaha makanan dari rumah disaran jaga kebersihan, elak keracunan
Aspek pelabelan maklumat selaras sepertimana yang dinyatakan di bawah peraturan Akta Makanan 1983 akan turut diambil kira.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan
Perdana Menteri berkata Azman kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.
Debat MRSM: Se-Malaysia Piala TPM 2024 garap pelajar petah berbicara
Debat MRSM Se-Malaysia kembali lagi tahun ini dengan tema 'Debat Epitome Minda Madani' melibatkan kesemua 57 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi merebut piala Timbalan Perdana Menteri.
Banci OGSE bantu kenal pasti keperluan bagi pembentukan dasar baharu
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRS) dan PETRONAS menjalankan Bancian Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) bermula 6 Jun bagi mengenal pasti keperluan holistik dan pembentukan dasar baharu.
Ranking FIFA: Harimau Malaya lonjak kedudukan terkini, pintas Indonesia
Skuad Harimau Malaya mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking FIFA selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
TH berjaya kutip dana lebih RM1 juta
Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mengutip dana berjumlah lebih RM1 juta, hasil sumbangan jemaah haji dan pendepositnya melalui Program Santunan Kasih Baitullah sejak Januari hingga Mei 2024 untuk tujuan memenuhi keperluan kebajikan jemaah haji di Tanah Suci.
Penggemar 'street food' disaran waspada kebersihan makanan
Dalam pada itu, pengguna yang gemar membeli makanan 'street food' atau penjaja di pinggir jalan turut diingatkan untuk tidak alpa dengan memastikan kebersihan makanan yang dibeli berada pada tahap yang baik.
Menurut Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Ts Mohd Soffian Osman makanan adalah satu-satunya benda asing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan, yang memberi ruang untuk manusia membuat pilihan berdasarkan penilaian sendiri.
Menurut Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, Ts Mohd Soffian Osman makanan adalah satu-satunya benda asing yang dimasukkan ke dalam tubuh badan, yang memberi ruang untuk manusia membuat pilihan berdasarkan penilaian sendiri.
Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo
Kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.