awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua beranak ditahan ketika proses ekstasi
MALAYSIA
Malaysia, Rusia teroka peluang kerjasama baharu termasuk sektor tenaga
MALAYSIA
Presiden Kyrgyz berlepas pulang selepas lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia, Kyrgyz perluas kerjasama dua hala menerusi perjanjian pelbagai sektor

Faida Rahim
Faida Rahim
25/06/2025
05:02 MYT
Sponsor Banner
Malaysia, Kyrgyz perluas kerjasama dua hala menerusi perjanjian pelbagai sektor
Malaysia dan Republik Kyrgyz terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan menerusi pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan Pertukaran Nota (EoN). -Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Malaysia dan Republik Kyrgyz terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan menerusi pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dan Pertukaran Nota (EoN) dalam lawatan dua hari Presiden Republik Kyrgyz, Sadyr Zhaparov ke negara ini.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Republik Kyrgyz memeterai beberapa MoU dan EoN untuk memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pelancongan, kesihatan, pendidikan tinggi, transformasi digital dan keselamatan siber.
  • Majlis pemeteraian disaksikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Kyrgyz Sadyr Zhaparov, melibatkan pelbagai kementerian dan institusi dari kedua-dua negara.
  • Kerjasama turut melibatkan pertukaran dokumen berkaitan latihan diplomat dan belia, bantuan perundangan jenayah, serta hubungan antara dewan perniagaan dan institusi kajian strategik.

Kerjasama itu merangkumi pelbagai sektor strategik termasuk pertanian, logam berharga dan perlombongan, elektrik dan elektronik, barangan industri, jentera dan peralatan, bahan kimia, makanan diproses serta tekstil.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kerjasama ini termasuk langkah proaktif ke arah penubuhan Majlis Perniagaan Malaysia-Kyrgyzstan sebagai usaha memperluas rangkaian kerjasama dalam kalangan komuniti perniagaan.
Kedua-dua pemimpin turut berpuas hati terhadap kerjasama berterusan dalam industri halal, khususnya MoU antara Halal Development Corporation Berhad dengan "Center for the Development of the Halal Industry" di bawah Kementerian Ekonomi dan Perdagangan Republik Kyrgyz pada November 2024.
Usaha ke arah pelaksanaan Pelan Tindakan Kerjasama Halal Kyrgyzstan-Malaysia dan pembinaan taman pengeluaran daging halal di Kyrgyzstan turut mendapat sokongan.
Dalam memperluaskan kerjasama dua hala, Malaysia dan Kyrgyzstan bersetuju meneroka bidang baharu termasuk komoditi agro, tenaga boleh diperbaharui dan tenaga hijau, hidroelektrik, produk kesihatan dan kesejahteraan, bioteknologi, peranti perubatan, perbankan dan kewangan Islam, pembinaan dan pengurusan fasiliti serta telekomunikasi.
Malaysia dilihat berpotensi sebagai pintu masuk pasaran Kyrgyzstan ke rantau ASEAN, manakala Kyrgyzstan pula boleh menjadi saluran bagi pelaburan dan eksport ke Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU).
Dalam bidang pendidikan tinggi, kedua-dua pemimpin berhasrat memperkukuh lagi hubungan melalui pertukaran pelajar, penyelidikan bersama, kerjasama akademik dan perkongsian kepakaran, sekaligus mempererat pertalian rakyat dengan rakyat serta pertukaran ilmu antara negara.
Seiring dengan kepentingan sektor pelancongan, kedua-dua negara bersedia meningkatkan kerjasama selaras dengan inisiatif “Visit Malaysia 2026” (VM2026) termasuk pelancongan mesra Muslim dan laluan pelancongan pergunungan.
Sementara itu, Presiden Sadyr Zhaparov turut mengundang Malaysia menyertai projek pelaburan dalam sektor perhotelan dan perkhidmatan di Kyrgyzstan bagi mengukuhkan kedudukan pasaran pelancongan di peringkat global dan menyumbang kepada pertumbuhan mampan industri tersebut.
Tiga MoU yang melibatkan bidang pelancongan, transformasi digital dan keselamatan siber, serta perdagangan telah dipertukarkan antara Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Menteri Ekonomi dan Perdagangan Republik Kyrgyz, Bakyt Sydykov dan Menteri Pembangunan Digital serta Teknologi Inovatif, Azamat Jamangulov.
Mohamad turut bertukar dua EoN berkaitan latihan diplomat dan belia serta satu surat hasrat (LoI) bagi perjanjian bantuan perundangan bersama dalam hal jenayah dengan rakan sejawatnya Zheenbek Kulubaev dan Menteri Kebudayaan, Maklumat dan Dasar Belia Republik Kyrgyz, Mirbek Mambetaliev.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pula bertukar MoU dalam bidang pendidikan tinggi dengan Menteri Sains, Pendidikan Tinggi dan Inovasi Republik Kyrgyz Baktyiar Orozov, manakala MoU dalam bidang kesihatan ditandatangani antara Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan rakan sejawatnya Erkin Checheibaev.
Dua lagi MoU turut dimeterai antara Institut Inisiatif Strategik Negara (NISI) di bawah Presiden Republik Kyrgyz dengan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, serta antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Negara Malaysia (NCCIM) dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Republik Kyrgyz.
ISIS Malaysia diwakili oleh Pengerusinya Prof Datuk Dr Mohd Faiz Abdullah, manakala Republik Kyrgyz diwakili Menteri Kehakiman Aiaz Baetov.
Sementara itu, NCCIM diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri N. Gobalakrishnan, manakala Dewan Perniagaan dan Perindustrian Republik Kyrgyz diwakili Presidennya, Temir Sariev.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hubungan dua hala
#Republik Kyrgyz
#Sadyr Zhaparov
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami