KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam berhubung gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.
"Setiap minit dan saat begitu penting kepada rakyat Palestin di Gaza. Dalam (tempoh) seminit macam-macam perkara boleh berlaku seperti pengeboman bahkan capaian internet di sana juga hampir terputus.. ini melibatkan isu kemanusiaan merentasi agama.
"Malah, kalau kita lihat negara yang menyokong resolusi ini juga kebanyakan negara bukan Islam dan sudah pasti kerajaan sambut baik resolusi yang dipersetujui oleh 120 negara," katanya kepada pemberita pada program Ziarah Asnah 3.0, di sini hari ini.
Semalam, UNGA menerima resuolusi menggesa gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan yang dusulkan Jordan itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung dengan 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.
NA'IM-UNGA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Selain itu, Mohd Na'im mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia atas semangat solidariti yang ditonjolkan dan berharap agar usaha itu dapat terus ditingkatkan serta disambut oleh masyarakat Islam mahupun bukan Islam.
Beliau turut mengingatkan orang ramai yang memberi sumbangan kewangan untuk menggunakan saluran bantuan yang betul agar tidak tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab (scammer) yang mengambil kesempatan menubuhkan akaun sendiri bagi kepentingan diri.
Berhubung mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) hari ini, beliau berkata sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan di bawah HARMONI bagi mencadang dan melaksanakan program-program berbentuk perpaduan.
Jawatankuasa itu dianggotai 30 ahli terdiri daripada tiga wakil kerajaan, 10 wakil agama Islam, masing-masing empat wakil agama Buddha dan agama Kristian serta masing-masing dua wakil agama Hindu dan agama Tao.
Terdahulu, beliau membuat lawatan ke Pusat Agihan Zakat (PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) cawangan Titiwangsa sebelum menziarahi tiga buah rumah asnaf di sekitar Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 28 2023
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal. - Gambar fail/Sinar Harian
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Malaysia gesa rakan-rakan dialog ASEAN sokong gencatan senjata di Gaza
Malaysia bersama Indonesia dan juga Brunei senada membawa usul dalam mesyuarat di Pusat Konvensyen Nasional (NCC).
Pasaran getah ditutup lebih tinggi berikutan bekalan yang terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan bekalan yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk di Thailand.
ASEAN gesa sokongan rakan dialog pastikan Israel hentikan kekejaman di Palestin
ASEAN terus menggesa rakan-rakan dialog blok itu untuk memastikan Israel menghentikan agenda kekejaman yang berterusan di Palestin.
Israel dan Hamas hampir capai gencatan senjata - White House
White House mendedahkan Israel dan Hamas semakin hampir mencapai perjanjian gencatan senjata.
ASEAN perlu lebih lantang suarakan isu Palestin - Rais Yatim
Isu Palestin boleh disuarakan negara anggota ASEAN menerusi platform seperti forum, majlis menteri-menteri luar dan majlis ketua-ketua kerajaan.
Netanyahu cuba halang gencatan senjata - Hamas
Hamas menggesa pengantara untuk campur tangan dan menghentikan "manipulasi dan jenayah" oleh Netanyahu.
Jurang Israel dan Hamas kekal - White House
Pegawai kanan AS dilaporkan berada di Kaherah untuk rundingan bagi mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Ribuan rakyat Palestin larikan diri dalam serangan Israel di barat daya Gaza
Beribu-ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kawasan di barat daya Bandaraya Gaza apabila tentera rejim secara mengejut menyerang mereka buat kali pertama dalam tempoh lebih tiga bulan.
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.