PUTRAJAYA: China Eastern Airlines menjadi syarikat penerbangan antarabangsa terbaharu yang mengendalikan penerbangan terus harian dari Kunming, China ke Kuala Lumpur, dengan penerbangan sulung hari ini.
Tourism Malaysia melalui kenyataan hari ini memaklumkan, laluan baharu China Eastern Airlines menghubungkan Kunming - Kuala Lumpur itu menggunakan pesawat Airbus A320neo dengan kapasiti 148 penumpang.
"Ia menambah 18 penerbangan mingguan sedia ada oleh syarikat penerbangan lain dari Wilayah Yunnan, barat daya China," menurut kenyataan itu.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan yang menyambut penumpang penerbangan MU9629 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1) dari Kunming berkata dengan laluan tambahan baharu ini, ia merupakan peluang baik untuk membawa lebih ramai pelancong dari bandar peringkat kedua di China itu.
" ... terutamanya pada masa ini dengan dasar bebas visa untuk pengembara China ke Malaysia. Kami terus memperkasakan usaha promosi dalam mempamerkan kekayaan warisan dan layanan mesra kepada satu daripada pasaran utama kami menerusi pejabat Tourism Malaysia di China," katanya.
Dasar bebas visa untuk pengembara China ke Malaysia berkuat kuasa pada 1 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024 menyaksikan peningkatan ketara dalam tempahan ke negara ini.
Pada tahun lepas, Malaysia menerima kedatangan 1.47 juta pelancong dari China, pertumbuhan eksponen sebanyak 593.4 peratus berbanding tempoh sama pada 2022 dengan 212,603 ketibaan. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
China Eastern Airlines menjadi syarikat penerbangan antarabangsa terbaharu yang mengendalikan penerbangan terus harian dari Kunming, China ke Kuala Lumpur, dengan penerbangan sulung hari ini. - Gambar Instagram
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Laluan udara baharu hubungkan Nanjing, Kuala Lumpur
Penerbangan pergi dijadual berlepas pada 10.50 malam dan mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 petang waktu tempatan hari berikutnya.
Malaysia sambut penerbangan sulung China Eastern Airlines dari Kunming
Laluan baharu China Eastern Airlines menghubungkan Kunming - Kuala Lumpur itu menggunakan pesawat Airbus A320neo dengan kapasiti 148 penumpang.
China Eastern Airlines sambung operasi pesawat Boeing
Ujian penerbangan turut dilakukan ke atas semua pesawat sebelum menyambung perkhidmatan komersil.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Nahas China Eastern Airlines: Kotak hitam kedua pesawat MU5735 ditemui
Pasukan pencari menemukan kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines, MU5735, lapor CCTV pada Ahad.
Nahas China Eastern Airlines: China sahkan semua 132 mangsa maut
Ibu pejabat tindak balas kecemasan negara untuk kemalangan pesawat MU5735 membuat pengumuman itu selepas enam hari usaha mencari dan menyelamat habis-habisan.
Nahas MU5735: Media China tarik balik laporan 'kotak hitam kedua ditemukan'
Berita 'penemuan' kotak hitam kedua itu pertama kali dilaporkan pada Jumaat oleh CAAC News, sebuah akhbar dikendalikan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China.
Nahas China Eastern Airlines: Kotak hitam dari pesawat ditemui
Penyiasat penerbangan China mengesahkan telah menemui kotak hitam menyimpan suara kokpit pesawat dan data penerbangan China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin lalu, lapor portal berita Xinhua.
Usaha jejaki kotak hitam pesawat China Eastern Airlines diteruskan
Pasukan penyiasat sedang menjalankan siasatan penuh mengikut prosedur dengan anggota meninjau lokasi nahas untuk mengesan kotak hitam.
Nahas China Eastern Airlines: Lebih 11,000 penerbangan di China dibatalkan
Angka pada Selasa merupakan yang tertinggi tahun ini dan dua kali ganda jumlah yang dicatatkan pada awal bulan ini.