awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bantu tangani inventori tinggi minyak sawit Indonesia

Bernama
Bernama
29/07/2022
04:30 MYT
Malaysia sedia bantu tangani inventori tinggi minyak sawit Indonesia
Malaysia sedia membantu Indonesia tangani inventori minyak sawitnya yang tinggi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin. -Gambar hiasan/WWF-Malaysia
KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia membantu Indonesia dalam menangani inventori minyak sawitnya yang tinggi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan untuk membantu Indonesia - pengeluar minyak sawit terbesar dunia - dalam mengurangkan stoknya.
"Sebagai ahli Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kita perlu membantu antara satu sama lain," katanya pada majlis penutupan Acara Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 malam tadi.
Menurut laporan berita, eksport minyak sawit Indonesia tidak kembali ke paras biasa walaupun larangan eksportnya ditarik balik pada 23 Mei, kerana syarikat dikehendaki menunjukkan bukti jualan domestik masing-masing sebelum boleh mendapatkan permit eksport mereka - satu langkah yang membawa kepada peningkatan stok dan seterusnya, kejatuhan harga.
Harga minyak sawit mula turun dengan ketara selepas Indonesia menarik balik larangan selama tiga minggu, diikuti dengan pengecualian levi eksport negara untuk semua produk minyak sawit dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Zuraida Kamaruddin
#minyak sawit
#inventori tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan