KUALA LUMPUR:Malaysia hari ini menegaskan kesediaannya untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara lain, khususnya ASEAN dalam usaha meningkatkan makanan halal secara mampu diri, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, Perdana Menteri berkata, gesaan itu wajar melangkaui aspek makanan halal dengan turut melibatkan segmen farmasesutikal, penghasilan peranti perubatan halal serta bahan atau ramuan halal.
"Selaku pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada masa ini, saya ingin meminta semua ekonomi-ekonomi APEC untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi memastikan produk-produk halal ini mudah didapati, berpatutan serta mapan untuk sejumlah 1.8 bilion penduduk Muslim global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Halal Sedunia Kali Ke-12 anjuran Halal Development Corporation Bhd (HDC) di sini, hari ini.
Ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut Perdana Menteri, setakat ini, Malaysia adalah antara sumber rujukan utama untuk lebih 150 negara dalam pelbagai bidang membabitkan pembangunan industri halal dan tadbir urus berkaitan.
Malah, negara ini turut diiktiraf oleh 84 badan pensijilan halal di 46 negara lain.
"Sehubungan itu, saya percaya industri halal tempatan masih mempunyai potensi besar untuk mencatat pertumbuhan. Pihak Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HIDC) yang ditubuhkan oleh kerajaan mempunyai peranan penting untuk memacu serta memantau ekosistem Halal Malaysia yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai hab halal global," katanya.
Muhyiddin berkata, sebagai negara Islam dengan industri halal yang serba maju, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dengan semua negara bagi mempertingkat dan mengembangkan sektor halal global, khususnya dalam bidang kewangan Islam, logistik dan perkhidmatan.
Malaysia juga mempunyai pelbagai institusi penyelidikan yang telah memainkan peranan sebagai peneraju dalam mengetengahkan isu halal kontemporari.
"Dari aspek infrastruktur, kita turut memperluaskan rantaian nilai untuk muncul sebagai pusat teknologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal, menggabungkan reka bentuk serta kegiatan penyelidikan dan pembangunan.
"Bagi kemajuan masa depan, rancangan Malaysia adalah terus meningkatkan infrastruktur negara untuk memperkukuhkan sumbangan halal terhadap ekonomi negara yang ketika ini menyumbang kira-kira 7.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar selain mewujudkan lebih 350,000 pekerjaan baharu untuk rakyat," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata bidang lain yang mana Malaysia di kedudukan baik bagi meraih manfaat serta bergiat aktif adalah ekonomi internet ASEAN yang dianggarkan mencecah US$300 bilion menjelang 2025.
"Ada lebih 360 juta pengguna internet di serata ASEAN iaitu meningkat daripada 260 juta pada empat tahun sebelumnya. Jumlah itu berbanding kira-kira 4.4 bilion pengguna internet global iaitu meningkat 9.0 peratus berbanding setahun lepas," katanya.
Perdana Menteri juga memberi jaminan bahawa kerajaan komited sepenuhnya untuk membangunkan ekosistem perindustrian yang komprehensif serta membolehkan industri halal memanfaatkan peluang baharu menerusi penerapan proses pembuatan pintar bagi meningkatkan fleksibiliti dan kecekapan pengeluaran.
Malah, ini juga secara radikal dapat mengubah rantaian nilai dan model perniagaan yang ada, kata beliau.
"Halal Integrated Platform (HIP) yang diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan dijangka dapat menghubungkan anggotanya dengan pihak berkepentingan utama, termasuk kerajaan negeri dan agensi, badan atau pihak pensijilan, penggiat industri, pengamal, kalangan sarjana serta pengguna -- semuanya di bawah satu platform komuniti digital halal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 06 2020
Muhyiddin berkata, Malaysia mempunyai pelbagai institusi penyelidikan yang telah memainkan peranan sebagai peneraju dalam mengetengahkan isu halal kontemporari. - Bernama
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.