KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyifatkan tindakan Goldman Sachs memfailkan permohonan timbang tara terhadap Kerajaan Malaysia adalah sesuatu yang pramatang dan luar jangkaan.
Pengerusinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kedua-dua pihak sepatutnya masih berada dalam fasa perbincangan dengan niat baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul.
Beliau berkata, bagaimanapun Kerajaan Malaysia bersedia untuk memberi respons kepada tuntutan tersebut, dan berharap perkara ini dapat dilakukan selaras dengan rangka perundangan sedia ada bagi memastikan kepentingan rakyat Malaysia terus terjamin.
“Ketika ini, kedua-dua pihak masih dianggap berada dalam peringkat perbincangan berniat baik, dan oleh itu sebagai pihak yang terkesan, Pasukan Petugas Khas 1MDB memandang permulaan prosiding timbang tara Goldman Sachs sebagai pramatang, dan tanpa pertimbangan sewajarnya terhadap prasyarat yang diperlukan.
“Tindakan Goldman Sachs memulakan prosiding timbang tara juga nampaknya sebagai percubaan untuk mengalihkan perhatian daripada kewajipan mereka untuk mematuhi Pembayaran Interim sebanyak AS$250 juta keperluan di bawah perjanjian penyelesaian.
“Namun begitu, berhubung dengan prosiding ini, Kerajaan Malaysia akan bertindak balas terhadap perkara ini sewajarnya,” tegasnya lagi dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 1MDB: Goldman Sachs pula ambil tindakan saman Kerajaan Malaysia
Terdahulu media antarabangsa melaporkan Goldman Sachs Group Inc telah mengambil langkah luar biasa dengan menyaman Kerajaan Malaysia di sebuah mahkamah di United Kingdom, susulan perselisihan faham mengenai penyelesaian yang dikaitkan dengan peranannya, berhubung penyelesaian skandal 1MDB.
Reuters pada Khamis melaporkan jurucakap bank tersebut sebagai berkata, mereka telah memfailkan permohonan timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London pada Rabu, terhadap Kerajaan Malaysia.
Jurucakap tersebut berkata langkah itu diambil kerana Kerajaan Malaysia didakwa melanggar tanggungjawabnya untuk mengkredit aset dengan sewajarnya terhadap jaminan yang disediakan Goldman Sachs dalam perjanjian penyelesaian mereka, dan untuk mendapatkan semula aset berkaitan.
Sementara itu, Johari dalam kenyataan tersebut turut menggariskan kronologi peristiwa penting berkaitan dengan perjanjian penyelesaian Goldman Sachs:
1. Perjanjian Penyelesaian Goldman Sachs telah ditandatangani pada 18 Ogos 2020 dan terdiri daripada dua bahagian: pembayaran tunai sebanyak AS$2.5 bilion yang perlu dibayar dalam tempoh 10 hari dari penandatanganan perjanjian penyelesaian, serta jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion oleh Goldman Sachs dalam masa lima tahun dari tarikh perjanjian penyelesaian.
2. Di bawah jaminan pemulihan aset sebanyak AS$1.4 bilion oleh Goldman Sachs, sekiranya Kerajaan Malaysia tidak berjaya mendapatkan jumlah AS$500 juta menjelang 18 Ogos 2022 (dua tahun dari penandatanganan perjanjian penyelesaian), Goldman Sachs dikehendaki membayar AS$250 juta sebagai pembayaran interim kepada Kerajaan Malaysia.
3. Pada 18 Ogos 2022, laporan akaun yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada Goldman Sachs menunjukkan bahawa ia tidak berjaya mendapatkan AS$500 juta dan oleh itu Kerajaan Malaysia berhak untuk pembayaran interim sebanyak AS$250 juta. Ini telah dipertikaikan oleh Goldman Sachs.
4. Perjanjian penyelesaian membenarkan pihak-pihak untuk terlibat dalam perbincangan amicable selama tiga bulan jika terdapat pertikaian berkaitan dengan perjanjian penyelesaian.
5. Kerajaan Malaysia telah memberikan empat lanjutan berasingan kepada Goldman Sachs selepas tamat tempoh 18 Ogos 2022 untuk mencuba menyelesaikan pertikaian ini secara amicable. Lanjutan-lanjutan tersebut diberikan pada 8 September 2022, 8 Disember 2023, 8 Februari 2023, dan 8 Ogos 2023.
Firdaus Azil
Thu Oct 12 2023
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kedua-dua pihak sepatutnya masih berada dalam fasa perbincangan dengan niat baik untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.