Malaysia akan berkongsi pengalaman dalam mengurus dan menukar persepsi negatif terhadap Islam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

"Malaysia telah berjaya melaksanakan banyak program pemulihan sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini selepas menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia, Peter Dutton.

Menurut Ahmad Zahid, Australia turut berdepan dengan masalah kemasukan pendatang asing seperti yang berlaku di Malaysia.

"Ada ramai pendatang dari Timur Tengah yang berada di Australia sebagai penduduk tetap namun ini telah menimbulkan masalah pada negara itu dan memberikan persepsi negatif terhadap Islam.

Menurut Ahmad Zahid, usaha menangani persepsi negatif terhadap Islam itu adalah perkara utama yang akan dikongsi bersama Australia.

Pada pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu, Dutton diiringi Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Rod Smith.

Pertemuan itu antara lain bertujuan membincangkan isu berkaitan keselamatan dan usaha ke arah memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.