Malaysia, Singapura setuju bentuk jawatankuasa perkukuh penyelarasan dua hala, pacu JS-SEZ

JSCMC akan berfungsi sebagai platform kementerian yang dipertingkat untuk menyediakan hala tuju strategik, mengukuhkan penyelarasan dua hala dan menyelia pelaksanaan inisiatif keutamaan di bawah JS-SEZ.
JOHOR BAHRU: Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Menteri-Menteri Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) bagi menggantikan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM).
Ringkasan AI
- Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Menteri-Menteri Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) bagi menggantikan JMCIM.
- JSCMC akan berperanan sebagai platform kementerian yang dipertingkat untuk menyediakan hala tuju strategik dalam memperkukuhkan penyelarasan dua hala dan menyelia pelaksanaan inisiatif keutamaan di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
- Kedua-dua negara juga mencadangkan kumpulan kerja baru untuk membincangkan perkara berkaitan JS-SEZ, pengangkutan, dan bidang kerjasama masa depan yang lain, dengan laporan kepada JMC.
Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Kanan Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar serta Pertahanan Singapura Zaqy Mohamad; dan Menteri Kanan Negara bagi Kebudayaan, Komuniti dan Belia Low Yen Ling, yang juga Menteri Kanan Negara bagi Perdagangan dan Industri.
Menurut kenyataan bersama, JSCMC akan berfungsi sebagai platform kementerian yang dipertingkat untuk menyediakan hala tuju strategik, mengukuhkan penyelarasan dua hala dan menyelia pelaksanaan inisiatif keutamaan di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
"Berlandaskan momentum daripada Mesyuarat Khas JMCIM yang diadakan pada 7 Nov, 2024 serta pemeteraian Perjanjian JS-SEZ pada 7 Jan 2025, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperbaharu dan mengubah JMCIM kepada JSCMC.
"Perubahan ini mencerminkan skop kerjasama dua hala semakin kukuh dan luas, khususnya memastikan JS-SEZ adalah komprehensif dan kompetitif dalam menarik pelaburan global," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua negara juga bersetuju menubuhkan kumpulan kerja bagi membincangkan perkara berkaitan JS-SEZ, pengangkutan dan bidang kerjasama masa depan yang lain, yang akan melapor kepada Jawatankuasa Bersama Menteri-Menteri (JMC).
Terma rujukan yang dikemas kini akan diperhalusi dan dibentangkan pada mesyuarat pertama JSCMC, yang dicadangkan pada separuh kedua 2026.
Sebagai mesyuarat penutup JMCIM, jawatankuasa tersebut menyemak pencapaiannya sejak ditubuhkan pada 2007, termasuk pelaksanaan lebih 45 inisiatif serta projek strategik melalui enam kumpulan kerja.
Semua inisiatif itu telah menyokong pertumbuhan ekonomi mampan, meningkatkan kesalinghubungan, mengukuhkan pembangunan modal insan serta meneguhkan hubungan antara rakyat Malaysia dan Singapura, tambahnya.
Menurut kenyataan bersama itu, usaha kolektif tersebut telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan Iskandar Malaysia dan mengukuhkan lagi perkongsian ekonomi dua hala yang lebih luas.
Mesyuarat itu turut menerima kemas kini mengenai kemajuan Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC) yang bertanggungjawab mengoperasikan JS-SEZ, termasuk proses merangka pelan tindakan dan pelan induk zon ekonomi itu.
Kedua-dua negara juga mengambil maklum mengenai kemajuan berterusan ke arah meratifikasikan Perjanjian JS-SEZ, termasuk proses domestik yang diperlukan di setiap pihak.
"Kedua-dua pihak mengambil maklum bahawa perkembangan ini akan memudahkan pelaksanaan JS-SEZ, apabila perjanjian itu berkuat kuasa, sekali gus (akan) memperkukuh integrasi ekonomi dan memberikan manfaat nyata kepada perniagaan serta komuniti di kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


