KUALA LUMPUR: Kenyataan negara yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 membuktikan Malaysia bersedia untuk memainkan peranan lebih penting bukan sahaja di peringkat serantau malah di peringkat antarabangsa.
Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan malaysia (UKM), Prof Madya Dr Sufian Jusoh berpendapat, kelantangan Perdana Menteri itu membuktikan negara mampu menjadi kuasa pertengahan dunia dengan beberapa negara lain, yang perlu diambil perhatian pihak tertentu.
"Apabila Perdana Menteri menyatakan bahawa fokus sepatutnya diberikan kepada multilateralism, itu menunjukkan bagaimana kita ingin meningkatkan kepentingan pertubuhan multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Secara jelasnya, tindakan atau usaha Malaysia itu akan diambil di peringkat diplomasi melalui wakil tetap kita di PBB. Malaysia sentiasa memperjuangkan satu keadaan atau sistem yang lebih adil seperti yang dinyatakan beberapa negara lain contohnya decision making process atau proses membuat keputusan di peringkat Majlis Keselamatan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Buletin AWANI pada Sabtu.
Dalam pada itu, beliau berpendapat seiring perubahan dunia, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tidak boleh lagi cuma merujuk kepada kuasa besar malah beberapa negara yang tidak berada di dalam kerusi tetap seperti India, Brazil dan beberapa negara di peringkat Asia kerana negara ini juga perlu diberi peranan lebih penting.
Tambahnya, isu ini harus dibahaskan di Perhimpunan Agung PBB namun berdepan masalah di mana sebarang perubahan di peringkat Majlis keselamatan perlu mendapat kebenaran atau persetujuan ahli majlis keselamatan pada masa ini.
Sementara itu, Sufian turut menyokong pindaan dilakukan dalam penglibatan pembuat keputusan dalam Majlis Keselamatan PBB.
Astro Awani
Sat Sep 23 2023

Dr Sufian turut menyokong pindaan dilakukan dalam penglibatan pembuat keputusan dalam Majlis Keselamatan PBB.- www.ukm.my

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.

Ketua PBB guna Artikel 99, beri amaran konflik Gaza boleh burukkan keamanan dunia
Ia membenarkan Setiausaha Agung untuk membawa kepada perhatian Majlis Keselamatan sebarang perkara yang pada pendapat beliau boleh mengancam kelestarian keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Malaysia akui kejayaan resolusi UNSC babitkan konflik Palestin-Israel
Malaysia mengakui kemajuan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam menerima pakai Resolusi 2712 (2023) mengenai konflik Palestin-Israel pada 15 Nov.

Malaysia gesa semua pihak patuhi resolusi diluluskan Majlis Keselamatan PBB
Ia selaras Artikel 25 Piagam PBB dan merupakan langkah pertama yang mesti diikuti dengan tindakan konkrit ke arah pemberhentian segera permusuhan.

Kuasa veto yang dipegang lima negara punca tiada tindakan kepada Israel - Penganalisis
Kuasa veto yang dipegang oleh lima negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah punca kepada kebuntuan kemelut Palestin-Israel.

Presiden Brazil dakwa Netanyahu mahu hapuskan Semenanjung Gaza
Lula da Silva turut sifatkan situasi di Asia Barat sebagai sangat kritikal dan mendesak supaya kuasa veto dalam UNSC ditamatkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Apa pun keputusan UNSC, serangan di Palestin harus dihentikan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak peduli dengan keputusan Persidangan UNSC yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.

Indonesia lantang kritik PBB, mahu majlis kembalikan sifat 'kemanusiaan'
Majlis Keselamatan itu memiliki tanggungjawab besar menjaga perdamaian dunia, namun masih gagal mencapai keputusan di saat korban meningkat.

GCC-ASEAN gesa gencatan senjata di Gaza
Para pemimpin GCC dan ASEAN menggesa gencatan senjata yang berkekalan di Gaza dan memastikan akses bantuan kemanusiaan yang berkesan dan cekap ke seluruh Gaza.

Malaysia sudah bersedia main peranan penting di peringkat PBB - Sufian Jusoh
Kenyataan negara yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Malaysia bersedia untuk memainkan peranan lebih penting.