awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs - PM Anwar

Bernama
Bernama
13/09/2023
13:04 MYT
Malaysia tekad dapatkan kembali dana 1MDB daripada Goldman Sachs - PM Anwar
PM Anwar berkata demikian apabila ditanya sejauh mana beliau sanggup berusaha mendapatkan kembali dana itu sekiranya Goldman Sachs tidak memberikan kerjasama. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.
Anwar berkata tidak ada tempoh masa untuk mendapatkan kembali dana tersebut kerana skandal 1MDB itu telah berlarutan sejak sekian lama.
"Tetapi saya fikir saya akan menyampaikan jelas kepada Goldman Sachs bahawa kita perlu menamatkan perkara ini. Tetapi ia bergantung kepada mereka. Mereka perlu bersedia. Mereka tidak boleh mengelak.
"Anda boleh katakan yang kami tidak stabil dari segi politik yang anda boleh biarkan begitu sahaja dan tidak masuk campur. Bukan begitu. Kami tidak akan berhenti di situ, kerana ia bukan wang saya," katanya semasa sesi khas 'A Conversation with the Prime Minister of Malaysia' yang dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin pada Sidang Kemuncak Asia Ke-10 Milken Institute di Singapura.
Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya sejauh mana beliau sanggup berusaha mendapatkan kembali dana itu sekiranya Goldman Sachs tidak memberikan kerjasama.
Anwar menegaskan kerajaan mahu mengembalikan semula dana itu kepada rakyat bagi tujuan menyediakan keperluan pendidikan, kesihatan awam dan kemudahan asas kepada mereka.
Justeru, katanya, Goldman Sach tidak boleh bersikap tidak acuh mengenai perkara tersebut.
"Sehingga sekarang, Goldman Sachs tidak begitu memberikan kerjasama. Jadi saya akan berada di New York minggu depan, saya akan bertegas. Sekurang-kurangnya mereka perlu berunding apa yang menjadi masalah.
"Ia telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu. Saya ada isu yang perlu dibangkitkan, dan sesetengah isu boleh diselesaikan secara baik. Saya fikir ia tidak perlu dipanjangkan.
"Kami mungkin sebuah negara kecil, tetapi anda tidak memperdayakan kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Anwar Ibrahim
#Goldman Sachs
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan