awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima tiga notis dari AS kerana bertegas isu Palestin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/10/2023
03:05 MYT
Malaysia terima tiga notis dari AS kerana bertegas isu Palestin
ANWAR: Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan menganggap Hamas sebagai pengganas, kita telah menerima demarche atau tata tindak dari Kedutaan Amerika Syarikat sebanyak dua kali. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) disebabkan pendirian tegas negara dalam isu Palestin.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Luar menerima dua notis tata tindak pada 13 dan 30 Oktober lepas dan satu lagi kepada Duta Besar Malaysia ke AS kerana keengganan negara melabel Hamas sebagai pengganas.
Begitupun, beliau tidak memperincikan tarikh satu lagi notis rasmi yang dihantar terus kepada duta besar Malaysia di Washington.
“Duta besar kita ke Washington telah dipanggil oleh Amerika Syarikat yang mempersoalkan keputusan kita terhadap permasalahan Israel, khususnya keganasan Israel terhadap Gaza.
“Duta besar kita tegas menyatakan pendirian kita. Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan menganggap Hamas sebagai pengganas.
“Maka saya juga mendapat maklumat dan melalui Kementerian Luar, kita telah menerima demarche atau tatatindak dari Kedutaan Amerika Syarikat…dua kali.
“Pertama pada 13 Oktober, dan kedua pada 30 Oktober. Satu lagi kepada duta besar," katanya.
Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Anwar Ibrahim
#Hamas
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan