awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima hampir 1.2 juta pelancong dari China

Bernama
Bernama
04/08/2024
06:15 MYT
Malaysia terima hampir 1.2 juta pelancong dari China
Tiong berkata, peningkatan itu disebabkan pelaksanaan pengecualian visa antara kedua-dua negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menerima 1,185,050 pelancong dari China setakat Mei 2024 iaitu peningkatan 194 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata peningkatan itu disebabkan pelaksanaan pengecualian visa antara kedua-dua negara.
"Saya menggalakkan semua syarikat penerbangan merebut peluang ini dan memperluas kesalinghubungan antara Malaysia dengan pelbagai negara untuk menyediakan lebih banyak kemudahan serta pilihan untuk pelancong di seluruh dunia selain mewujudkan situasi sama menang," katanya dalam catatan Facebook hari ini.
Tiong turut mengumumkan pelancaran penerbangan terus pertama AirAsia dari Ningbo, China ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah yang akan beroperasi tiga kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320, masing-masing dengan kapasiti 180 tempat duduk.
Beliau berkata penerbangan terus akan membantu menarik pelancong terutama dari Wilayah Zhejiang serta wilayah lain di China.
Pada November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa 30 hari untuk pelancong dari China dan India mulai 1 Dis tahun yang sama.
China juga bersetuju melanjutkan pengecualian visa untuk pelancong Malaysia daripada 15 kepada 30 hari sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada 31 Mei tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Malaysia
#pelancong luar
#Tiong King Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan