MALAYSIA
Malaysia terima MALE-UAS 'ANKA' tahun depan - Mohamed Khaled

Pesawat varian Anka-S mampu terbang selama 24 hingga 30 jam pada ketinggian 30,000 kaki dan membawa muatan sehingga 350 kilogram, termasuk empat peluru berpandu MAM Smart Micro untuk misi serangan darat. - Gambar fail/ tusas.com
ISTANBUL: Malaysia dijangka menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye menjelang Mac 2026.
Ringkasan AI
- Malaysia dijangka menerima tiga unit pesawat tanpa pemandu MALE-UAS ANKA buatan Turkiye menjelang Mac 2026, dengan proses integrasi sistem radar dan komunikasi sedang dijalankan serta latihan pengendalian melibatkan pegawai TUDM.
- Pesawat varian Anka-S mampu terbang selama 24 hingga 30 jam pada ketinggian 30,000 kaki dan membawa muatan sehingga 350 kilogram, termasuk empat peluru berpandu MAM Smart Micro untuk misi serangan darat.
- Keputusan pemerolehan tambahan akan ditentukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13; Menteri Pertahanan turut meninjau pembinaan kapal misi pesisir (LMS) oleh syarikat pertahanan Turkiye sempena lawatan rasmi ke Pameran IDEF 2025.
Mengenai kemungkinan pemerolehan tambahan MALE-UAS ANKA, Mohamed Khaled berkata keputusan perancangan perolehan aset pertahanan negara akan ditentukan kerajaan berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-13 yang dijadual dibentangkan pada 31 Julai ini.
Kontrak pemerolehan tiga unit MALE-UAS ANKA bersama peralatan sokongan berkaitan dimeterai antara Kementerian Pertahanan dan TAI semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA 2023).
Sebelum ini, Bernama melaporkan Malaysia dipercayai memilih varian "Anka-S" yang berupaya terbang selama 24 hingga 30 jam tanpa henti, pada ketinggian 30,000 kaki dan membawa muatan antara 250 hingga 350 kilogram.
Selain melaksanakan tugas risikan, pengawasan dan tinjauan (ISR), dron Anka-S yang diperoleh Malaysia juga mempunyai kemampuan membawa empat peluru berpandu MAM Smart Micro yang dibangunkan oleh satu lagi syarikat pertahanan Turkiye, Roketsan untuk misi serangan darat.
Terdahulu, Mohamed Khaled yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye menghadiri Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2025 dan meninjau pembinaan tiga kapal misi pesisir (LMS) kelompok kedua oleh syarikat pertahanan Turkiye Savunma Teknolojileri Muhendislik (STM).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami