awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus catat kadar kebolehjangkitan tertinggi pada Rt 1.51

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
11/02/2022
02:23 MYT
Malaysia terus catat kadar kebolehjangkitan tertinggi pada Rt 1.51
Dr Noor Hisham beri amaran, sekiranya kadar kebolehjangkitan melebihi 1.60, kes harian akan melepasi trajektori zon merah seperti dijangka. -Gambar fail/AP
MALAYSIA terus mencipta rekod tertinggi bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 sejak pandemik bermula.
Ia direkodkan pada 1.51 pada Khamis berbanding 1.47 pada Rabu, sekali gus mencatatkan trend peningkatan sejak beberapa hari lalu.
Sebanyak empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Labuan catat kadar tertinggi dengan 2.17 diikuti Sarawak dengan 1.90.
Sabah dan Perlis masing-masing pada kadar R-naught 1.68 dan 1.55.
Negeri dengan kadar R-naught melebihi 1.4 adalah Putrajaya, Terengganu dan Kedah.
Manakala negeri dengan kadar R-naught melebihi 1.3 adalah Pulau Pinang, Kedah, Johor, Kelantan, serta Pahang.
Selebihnya mencatat bawah kadar 1.30 termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran, sekiranya kadar kebolehjangkitan melebihi 1.60, kes harian akan melepasi trajektori zon merah seperti yang dijangka.
If the Ro/Rt is 1.6 as predicted the cases will be soaring along the red zone trajectory. More importantly the severity of cases, category 3,4 & 5 is less than 1% & hospitals/health facilities not overwhelmed. Please comply to all public health measures and get your booster shot. pic.twitter.com/dQTMIWegUg
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 10, 2022
Menerusi ciapannya pada Jumaat, beliau menegaskan, apa yang penting ketika ini adalah kes dengan komplikasi teruk seperti kategori 3,4 dan 5 adalah kurang daripada 1 peratus dan fasiliti kesihatan tidak tertekan.
Justeru itu, beliau menggesa agar masyarakat awam patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan segera mendapatkan dos penggalak.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) pada Ahad menjangkakan jangkitan COVID-19 dalam negara boleh mencapai sehingga 22,000 kes pada akhir Mac ini.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
INTERAKTIF: Apakah yang perlu anda lakukan jika anda mempunyai kontak rapat dengan individu yang dijangkiti COVID-19?
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kadar kebolehjangkitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan