Malaysia komited menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Kerajaan Filipina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komitmen itu akan diteruskan sehinggalah keamanan serta kemakmuran dicapai di wilayah terbabit.
Dalam kenyataannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, Malaysia akan tetap memainkan peranan terbabit dan pada masa sama kekal menghormati kedaulatan Filipina.
"Malaysia kekal komited selagi diperlukan dalam rundingan damai ini.
"Kami tetap hormat kedaulatan Filipina tanpa mencampuri urusan dalaman selaras dengan aspirasi ASEAN.
"Malah, jika ada permintaan, kerajaan akan tetap membantu dengan semangat sebagai kawan serantau dan sebagai sebuah negara jiran," katanya.
Tambah beliau, Malaysia bangga dapat membantu rundingan damai tersebut dan meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan di Mindanao dan rantau ini lebih-lebih lagi apabila konflik puluhan tahun itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Pagi tadi, berlangsung Majlis Perasmian Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao, yang dihadiri Penasihat Presiden Filipina Mengenai Proses Damai, Jesus Dureza; Pengerusi MILF, Murad Ebrahim serta Fasilitator Proses Damai Antara Kerajaan Filipina dan MILF, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed, di Kuala Lumpur.
Najib berkata beliau bangga dengan perkembangan program dua hari itu, yang menyaksikan pelancaran secara rasmi Fasa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Berkaitan Bangsamoro.
Di samping mengakui cabaran yang akan wujud, beliau tetap yakin di bawah kepimpinan Presiden Duterte dan kegigihan Malaysia sebagai pengantara yang ikhlas, era pembangunan serta kemakmuran di wilayah selatan Filipina dapat dicapai.
Hilal Azmi
Sat Aug 13 2016
Menurut Perdana Menteri, Malaysia berasa bangga menjadi pemudahcara rundingan. - Gambar fail
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Anwar berkata semua jabatan tanpa kecuali harus menerima arahan dengan serius dalam memastikan keselamatan di sempadan negara, sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan.
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
AWANI Ringkas: Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Letupan bom di gereja selatan Filipina, lebih 20 maut
Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dan 77 cedera selepas dua bom dilaporkan meletup di sebuah gereja di Jolo di wilayah Sulu.
PM Najib puji perjanjian damai Filipina-MILF
Malaysia berikrar untuk terus membantu meningkatkan pembangunan sosio ekonomi dan bidang pertanian Mindanao.
Ceroboh Sabah komplot tekan Presiden Filipina
Tindakan waris Kesultanan Sulu itu telah menampakkan kegagalan kerajaan Filipina menangani isu dalamannya sendiri, kata Dr. Farish Noor.