KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand telah bersetuju untuk mencegah ancaman bukan tradisional di sepanjang sempadan dengan memperkukuh maklumat tertutup dan pertukaran risikan antara agensi-agensi sempadan.
Perkara itu adalah antara resolusi yang ditetapkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am Ke-55 antara Malaysia dan Thailand di sini semalam.
Menteri Pertahanan Malaysia dan Thailand dalam kenyataan bersama semalam berkata mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dari Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan, turut bersetuju untuk menambah baik keberkesanan operasi bersama sebagai satu kaedah membendung penularan jangkitan COVID-19.
"Malaysia dan Thailand juga bersepakat untuk memudahkan aktiviti rentas sempadan yang mengikut undang-undang untuk pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh komuniti kawasan sempadan.
"Kedua-dua negara juga akan membina komunikasi dengan pelantikan Pegawai Perhubungan bagi kesiapsiagaan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di sepanjang sempadan bersama," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat selama satu jam itu turut memutuskan untuk menganjurkan Joint Combined Exercise Committee Thailand-Malaysia (JCEC THAMAL) Ke-4 dengan kemungkinan menjemput anggota ASEAN dan negara-negara sekutu sebagai pemerhati dan peserta.
"Ia dijangkakan diadakan pada 2024 dengan memfokuskan pada bantuan kententeraan daripada negara anggota ASEAN berlatarbelakangkan HADR dan akan menekankan terutamanya pada mempromosi peranan pelatih wanita dan prestasi perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS)," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat GBC tahun ini turut berpuas hati dengan kemajuan aktiviti-aktiviti termasuk aktiviti operasi, aktiviti pengurusan sempadan dan lain-lain inisiatif pembangunan sosioekonomi yang dijalankan di sepanjang sempadan, yang telah dikaji semula dan dilaporkan oleh jawatankuasa daripada kedua-dua negara.
"GBC memperakui laporan kemajuan yang dihantar oleh kedua-dua negara yang membentangkan perancangan dan menjalankan pelbagai aktiviti oleh agensi-agensi ditetapkan dan rakan sejawat mereka," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat GBC Ke-56 dijangka bersidang pada 2023 dan akan dianjurkan oleh Thailand.
Sebelum mesyuarat itu, Hishammuddin telah menerima kunjungan hormat Prawit dan delegasi Thailand di Wisma Pertahanan, di sini semalam.
Prawit yang tiba pada pukul 11 pagi telah disambut dengan kawalan kehormatan utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja melibatkan 104 pegawai dan anggota, diketuai Mejar Mohd Noornazmin Abd Rahim.
Kunjungan kali pertama Thailand ke Malaysia selepas pandemik COVID-19 itu antara lain bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau.
Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
Delegasi Thailand yang turut serta adalah Timbalan Menteri Pertahanan Jen Chaichan Changmongkol, Ketua Pasukan Pertahanan Jen Chalermpol Srisawat dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional Jen Supot Malaniyom.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Malaysia dan Thailand juga bersepakat untuk memudahkan aktiviti rentas sempadan yang mengikut undang-undang untuk pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh komuniti kawasan sempadan. - Gambar fail
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu semasa musim perayaan.
KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme yang dijalankan secara pengurusan mikro itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan.
Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas
Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.
Mesir terima penduduk Gaza yang cedera melalui lintasan sempadan Rafah
Lima yang cedera itu kini dalam perjalanan ke Hospital Arish di wilayah Sinai Utara.
Laluan utama di sempadan Pakistan-Afghanistan dibuka semula
Beribu-ribu orang dan lori perdagangan dibenar untuk meruskan perjalanan selepas terperangkap di lintasan sempadan Torkham selama 10 hari.
Nelayan dakwa jaring dilanggar bot pihak berkuasa Singapura
Sekumpulan empat nelayan tempatan mendakwa bot penguat kuasa Singapura melanggar dan merosakkan jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau, berhampiran Jambatan Link Kedua, pada Isnin.
Berlin sambut ulang tahun peringatan ke-62 Tembok Berlin
Beberapa acara diadakan bagi memperingati mangsa yang terkorban ketika cuba melarikan diri dari rejim komunis Jerman Timur.
HLC Malindo: Tentera Malaysia, Indonesia bincang penyelesaian urusan sempadan
Tentera Malaysia dan Indonesia baru-baru ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Indonesia (HLC-Malindo) bagi mencari penyelesaian dalam urusan berkaitan sempadan negara.