TANGKAK: Bekalan bawang di negara ini masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata sekatan eksport bawang itu bersifat sementara dan kerajaan telah mengambil langkah mengimport bawang dari negara seperti China, Thailand dan Pakistan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi di negara ini.
"Kita tidak mengalami masalah kekurangan bekalan bawang cuma harganya turun naik. Sekatan bawang ini bersifat sementara macam beras juga hari itu bila kita runding semula, mereka sanggup menjual 170,000 tan metrik kepada Malaysia.
"Saya ingat berhenti eksport bawang ini disebabkan keadaan politik dalam negara mereka yang akan berlaku pilihan raya, selepas itu mungkin mereka akan eksport semula," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Penanaman Padi di Negeri Johor di Kampung Sawah Ring, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini bekalan bawang di Malaysia susulan sekatan eksport bawang dari India.
Akhir tahun lepas, Direktorat Perdagangan Luar Negeri India mengumumkan negara tersebut melarang eksport bawang sehingga 31 Mac depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) akan diperluaskan ke Johor secara berperingkat.
Menurutnya, program di negeri itu melibatkan 10 sawah padi berkeluasan 2,254 hektar adalah sebagai langkah untuk menambah rezab kawasan penanaman padi sekali gus meningkatkan produktiviti pengeluaran padi negara.
"Ala Sekinchan ini mestilah tanaman mengikuti masa yang betul, baja dan pengairan yang sesuai. Kalau tidak ada pengairan yang cukup maka dia tidak boleh untuk kita buat ala Sekinchan dengan sempurna dan dari segi penjagaan mestilah pesawah padi ini tidak boleh kerja sambilan. Dia kena jadi pesawah sebagai sepenuh masa macam profesional," katanya.
Beliau juga yakin program SMART SBB dapat meningkatkan hasil pengeluaran padi daripada tujuh tan metrik per hektar kepada 10 tan metrik per hektar.
Di Johor, terdapat 859 pesawah yang mengusahakan 10 sawah padi di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Lawatan ke Projek Penanaman Padi di Kampung Sawah Ring, Tangkak Johor hari ini. - Foto Bernama
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Malaysia tidak alami kekurangan bawang - Mat Sabu
Bekalan bawang di negara ini masih mencukupi meskipun India menyekat eksport bawangnya.