awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu 1MDB - Johari

Bernama
Bernama
29/12/2017
06:15 MYT
Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu 1MDB - Johari
Johari mengulas pertanyaan mengenai dakwaan pembabitan firma-firma China dalam usaha membantu melunaskan bayaran hutang 1MDB kepada IPIC yang berpejabat di Abu Dhabi. - Gambar fail
Malaysia tidak terhutang budi kepada sesiapa pun dalam isu melunaskan bayaran hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
“Kita tidak terhutang budi kepada sesiapa pun," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran ePerolehan Baharu di sini, hari ini.
Beliau mengulas pertanyaan mengenai dakwaan pembabitan firma-firma China dalam usaha membantu melunaskan bayaran hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpejabat di Abu Dhabi.
Menurut laporan akhbar Straits Times Singapura, 1MDB telah membuat pembayaran akhir obligasi hutangnya sebanyak US$602.7 juta kepada IPIC dengan menjual kepentingannya dalam dua syarikat yang ada kaitan dengan dua firma milik kerajaan China.
Pembayaran berkenaan, iaitu yang kedua bagi pinjaman berjumlah US$1.2 bilion yang dilanjutkan pada Julai 2015 kepada 1MDB, telah dibuat pada 22 Disember lepas, kata laporan itu.
Malah, pembayaran berkenaan adalah lebih awal daripada tarikh akhir yang dijadualkan pada akhir Disember ini sepertimana dipersetujui kedua-dua pihak pada awal 2017, kata Straits Times.
Usaha pembayaran itu juga adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.
Ketika diminta mengulas laporan itu, Johari sebaliknya berkata perkara itu sewajarnya diajukan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
“Saya tidak tahu menahu mengenainya. Anda boleh tanya (Tan Sri) Irwan Serigar yang juga Pengerusi 1MDB,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abu Dhabi
#China
#hutang
#International Petroleum Investment Company
#IPIC
#JOHARI ABDUL GHANI
#Malaysia
#Singapura
#terhutang budi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan