awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT mara ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Lelaki terlelap ketika memandu, rempuh tembok pagar sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Timor-Leste bincang integrasi ASEAN, kerjasama serantau

Bernama
Bernama
25/05/2025
06:30 MYT
Malaysia, Timor-Leste bincang integrasi ASEAN, kerjasama serantau
Pertemuan itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste, sejajar dengan visi ASEAN untuk membentuk komuniti serantau yang lebih inklusif dan padu. -Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.

Ringkasan AI
  • Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Luar Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
  • Perbincangan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala, sokongan Malaysia terhadap keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, serta potensi kerjasama dalam pendidikan, pembangunan kapasiti dan kesalinghubungan serantau.
  • Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dipengerusikan Malaysia turut menampilkan dua sesi penting: Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama kali diadakan.

Pertemuan itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste, sejajar dengan visi ASEAN untuk membentuk komuniti serantau yang lebih inklusif dan padu.
Difahamkan, perbincangan tertumpu kepada usaha mempertingkat hubungan dua hala serta mengulangi sokongan berterusan Malaysia terhadap aspirasi Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh ASEAN.
Kedua-dua menteri turut meneroka potensi kerjasama, terutamanya dalam bidang pendidikan, pembangunan kapasiti dan kesalinghubungan serantau.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia pada tahun ini yang bertema "Keterangkuman dan Kemampanan".
Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN, selepas memikul tanggungjawab itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Sempena sidang kemuncak itu, dua sesi peringkat tinggi turut diadakan - Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan - sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timor-Leste
#Mohamad Hasan
#Bendito dos Santos Freitas
#Sidang Kemuncak ASEAN
#ASEAN25
#ASEAN2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan