awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tubuh pasukan petugas kaji kesan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
25/11/2021
14:04 MYT
Malaysia tubuh pasukan petugas kaji kesan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan
Maximus berkata, pasukan petugas itu adalah usaha bersama pihaknya dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi). - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Satu pasukan petugas ditubuhkan bagi merancang dan memantau pembangunan sempadan Sabah dan Sarawak, selaras rancangan Indonesia memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, pasukan petugas itu adalah usaha bersama pihaknya dan Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Katanya, ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beliau sendiri.
"Jawatankuasa ini akan mengkaji kesan perpindahan ibu negara Indonesia kepada perancangan pembangunan di Sabah, Sarawak dan Kalimantan," katanya selepas mesyuarat pasukan petugas itu yang pertama di sini, pada Khamis.
Katanya, selain pembangunan infrastruktur, pasukan petugas itu juga akan meneliti aspek lain seperti pelancongan, pertukaran budaya, pendidikan dan pelancongan kesihatan.
“Kami juga akan melihat isu berkaitan keselamatan di sempadan dan penubuhan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di semua pintu masuk di antara kedua-dua negara,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu berkata, pasukan petugas itu diwujudkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa wakil rakyat tempatan membangkitkan kebimbangan mereka mengenai cadangan pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.
"Kami sedang merangka kertas kerja mengenai isu itu dan akan bertemu semula pertengahan bulan hadapan, sebagai persediaan untuk mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) di mana kedua-dua ketua menteri Sabah dan Sarawak akan terlibat sama dalam merangka strategi pembangunan sempadan jangka panjang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pasukan petugas
#pemindahan ibu negara indonesia
#Kalimantan
#Maximus Ongkili
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan