Malaysia-China perkukuh kerjasama industri pembinaan dengan pembukaan Pusat Informasi CIDB di Shanghai

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid (dua dari kanan) merasmikan Pusat Informasi CIDB Holdings Berhad (CIDBH Information Centre) di Shanghai. - Gambar Pejabat Timbalan Perdana Menteri
SHANGHAI: Malaysia melancarkan Pusat Informasi CIDB Holdings Berhad (CIDBH Information Centre (Shanghai) di CITIC Plaza yang merupakan hasil kerjasama antara CIDB Holdings Sdn. Bhd. dan Menara Asia Sdn. Bhd.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia pensijilan peringkat huluan yang telus bagi produk import selaras dengan piawaian kualiti dan integriti kebangsaan.
“Malaysia mengimport barangan binaan bernilai hampir RM300 billion dari China pada 2024, hampir satu perlima daripada jumlah import keseluruhan kita
"Dengan skala import yang begitu besar pensijilan peringkat huluan yang telus amat penting,” kata Ahmad Zahid.
Pusat ini merupakan yang pertama seumpamanya diwujudkan di luar Malaysia dan berperanan sebagai pusat rujukan rasmi bagi memudahcara urusan eksport bahan binaan ke Malaysia, selaras dengan piawaian serta keperluan pensijilan negara.
Langkah strategik ini akan memperkukuhkan kecekapan dan ketelusan dalam rantaian bekalan pembinaan, serta menandakan perluasan pengaruh industri pembinaan Malaysia di peringkat global.
Inisiatif ini juga secara tidak langsung akan dapat memperkukuh hubungan perdagangan dan industri antara Malaysia dan China, sejajar dengan Dasar Pembinaan Negara 2030 yang memacu sektor pembinaan mampan, berdaya saing dan berpaksikan inovasi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


