awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur mengaku salah tikam pekebun hingga cedera parah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/11/2025
03:40 MYT
Penganggur mengaku salah tikam pekebun hingga cedera parah
Anggota polis membawa Jabalul Akhir ke lokap selepas berakhirnya prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan di sini pada Khamis. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu.
Tertuduh, Jabalul Akhir Mat Shafie, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Bagaimanapun, tiada hukuman direkod pada prosiding tersebut.
Berdasarkan pertuduhan, Jabalul mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas pekebun berusia 38 tahun dengan menggunakan senjata menikam bahagian perut.
Perbuatan tersebut dilakukan di Kampung Sri Damai, Batu 7, Jalan Gambang, jam 6.40 petang pada 31 Oktober lalu.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azizah Ahmad memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi menjatuhkan hukuman dan mengemukakan fakta kes lanjut.
Beliau juga tidak menawarkan sebarang jaminan atas aspek keselamatan kerana kediaman tertuduh berdekatan dengan mangsa.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 November ini sebagai tarikh sebutan semula bagi fakta kes dan jatuh hukum.
Pada Ahad, media melaporkan dendam dipercayai menjadi punca seorang lelaki ditikam kenalannya di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang pada Jumaat lalu.
Mangsa cedera di perut selepas ditikam menggunakan pisau sepanjang kira-kira lima inci di hadapan rumahnya kira-kira jam 7 malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati suspek memanggil mangsa keluar sebelum berlaku pertengkaran kerana suspek mahu mangsa mengikutnya, namun mangsa enggan. - SInar Harian
Topic Berkaitan
#Jabalul Akhir Mat Shafie
#tikam pekebun
#cedera parah
#mengaku bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan