awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar

Seth Akmal
Seth Akmal
07/02/2026
11:44 MYT
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Anwar berkata, dunia kini berdepan pelbagai ketidaktentuan, dan rantau ini memerlukan kerjasama yang melebihi kepentingan diri semata-mata. - Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat hubungan strategik antara Malaysia dan India boleh menjadi suara yang mengutamakan dialog berbanding persaingan sempit.
Menurut beliau, dunia kini berdepan pelbagai ketidaktentuan, dan rantau ini memerlukan kerjasama yang melebihi kepentingan diri semata-mata.
"Dalam keadaan dunia berdepan ketidaktentuan, rantau ini memerlukan suara yang mengutamakan dialog berbanding perseteruan, dan kerjasama mengatasi kepentingan diri yang sempit.
“Malaysia dan India boleh menjadi antara suara tersebut,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Pusat Konvensyen The Mines bersama komuniti India hari ini.
Ucapan Anwar itu disampaikan di hadapan ribuan pengunjung dan Perdana Menteri India, Narendra Modi, sempena lawatan rasmi beliau yang ketiga selama dua hari.
Pada masa sama, Anwar menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan India melibatkan perdagangan, teknologi pendidikan dan kebuydaan.
“Kerana nilai sesebuah perkongsian di antara negara akhirnya diukur melalui kesannya terhadap kehidupan rakyat biasa,” katanya.
Lawatan Modi adalah merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke India pada Ogos 2024.
Menurut Kementerian Luar Negeri, kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala Malaysia–India serta meneroka peluang kerjasama baharu di Pejabat Perdana Menteri pada Ahad.
Ia melibatkan bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, buruh, pelancongan, keterhubungan, pertanian serta pendidikan.
Selepas mesyuarat dua hala, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU), termasuk dalam bidang pencegahan rasuah, piawaian latihan dan pensijilan pelaut, serta pengurusan bencana.
Turut dimeterai ialah Perjanjian Pengeluaran Audio Visual, Memorandum Kerjasama (MoC) dalam bidang buruh, serta pertukaran Nota (EoN) melibatkan semikonduktor, penjagaan kesihatan, keselamatan negara serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
Selain itu, pertukaran Surat (EoL) berkaitan kerjasama pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut diadakan.
Kedua-dua pihak juga akan menyerahkan Rangka Kerja Perjanjian International Big Cats Alliance (IBCA).
Wisma Putra memaklumkan, jumlah perdagangan Malaysia-India pada 2025 mencecah RM79.49 bilion (ASD18.59 bilion), dengan eksport Malaysia ke India bernilai RM52.30 bilion, manakala import dari India berjumlah RM27.19 bilion.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Narendra Modi
#Malaysia
#India
#geopolitik
#kestabilan serantau
#kerjasama
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan