awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-India senada perangi keganasan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/11/2015
10:24 MYT
Malaysia-India senada perangi keganasan
Modi turut berkata pihaknya menyambut baik usaha Malaysia dalam mengukuhkan aspek keselamatan kedua-dua negara. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Malaysia dan India bersetuju untuk bekerjasama memerangi aktiviti keganasan dan ekstremisme termasuk perkongsian maklumat menerusi perbincangan dua hala dan dialog ke arah usaha berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mengakui India mempunyai industri pertahanan yang kuat dan dinamik.
Justeru, kedua-dua kementerian terlibat akan meningkatkan kerjasama erat dalam isu keselamatan dan pertahanan bagi menjayakan usaha membanteras keganasan.
"Kami akan bekerjasama erat bagi memerangi keganasan dan ekstremisme.
"Kami akan bekerja lebih dekat bersama-sama untuk cuba mencari pendekatan tetapi adil kepada membangunkan dunia dan juga baik untuk ekonomi," katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri, Narendra Modi di sini hari ini.
Najib dalam pada itu turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan India kerana terlibat dalam operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac tahun lalu.
Modi turut berkata pihaknya menyambut baik usaha Malaysia dalam mengukuhkan aspek keselamatan kedua-dua negara.
"Saya mengalu-alukan dan bersetuju untuk mengadakan persidangan dialog antara menteri terlibat dan mengadakan lebih kerap mesyuarat rasmi antara kedua negara.
"Saya jamin usaha ini akan membawa momentum kerjasama yang baik. Saya percaya kerjasama dalam soal keselamatan ini akan mampu menggariskan komitmen perkongsian yang berkesan," katanya.
Tambahnya, serangan keganasan yang berlaku di beberapa negara menunjukkan perlunya pendekatan antarabangsa dilakukan bagi menangani isu global itu.
Topic Berkaitan
#ekstremisme
#keganasan
#Najib Razak
#Narendra Modi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan