#MalaysiaMemilih: Kempen #UndiRosak beri kesan kepada Pakatan Harapan - Penganalisis

Firdaus Azil
Januari 27, 2018 09:35 MYT
Kempen #UndiRosak hanya memberi kesan kepada kawasan bandar serta pinggir bandar. - Foto Fail
Kempen #UndiRosak ini mungkin akan beri kesan kepada kerusi parlimen milik Pakatan Harapan, namun ia tidak cukup untuk memberi impak yang besar dalam keputusan keseluruhan pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata penganalisis politik Hisomuddin Bakar.
Bagaimanapun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre itu lagi, kempen #UndiRosak yang majoriti penggeraknya adalah daripada golongan muda ini tidak harus ditolak tepi kerana mereka dilihat berstruktur, dan bijak menggunakan platform media sosial.

Local interest in #UndiRosak is widespread, though we haven't measured support for the movement yet. This map shows where profiled users tweeting about it are located pic.twitter.com/P6O44pwzRX

— Politweet.org (@politweetorg) January 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kempen ini dilihat memberi kesan kepada Pakatan Harapan kerana mereka banyak memenangi kerusi di bandar dan pinggir bandar. Jadi kempen itu beri impak dan kerugian kepada blok Pakatan Harapan yang berada di posisi ini.
“Tapi dalam konteks undi, majoriti yang diperoleh pembangkang di bandar dan pinggir bandar agak besar, jadi kempen ini tidak jejaskan secara langsung kepada keputusan pengundian akan datang,” katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini, hari ini.
Kempen #UndiRosak didakwa dimulakan segelintir anak muda bagi menolak Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya nanti.

Kita bukan saja2 nak buat #UndiRosak, kita nak ia tercatat dalam sejarah, isyarat dari rakyat yg bosan dgn semua di atas. Boikot? Mengajak org ramai boikot pru adalah satu kesalahan mengikut undang2 negara. Jadi kita pilih gerakan yg lebih efektif https://t.co/AMsuQVQxGz

— Edy Noor Reduan (@edyesdotcom) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lately banyak nampak #UndiRosak. Bagi aku, it's necessary in some way. Berapa banyak perubahan dalam SPR since chaotic, scandalous GE13? #orangkitalupa

— jug (@syafiqmatdiah) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

he satirical comment by a Twitter user said it all - #UndiRosak protest is because (the) 7th prime minister has promised to repair the damage done by the 4th prime minister https://t.co/0tX78Xkxdu

— F.A (@FirdausAzil) January 27, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka mendakwa, tidak masuk akal untuk pakatan pembangkang mengangkat kembali individu yang mengamalkan kepimpinan diktator sewaktu menjadi perdana menteri keempat (1981-2003).
Golongan itu berkata, mereka juga tidak akan memberi undi kepada kerajaan sedia ada kerana beberapa faktor termasuk ketirisan serta kos sara hidup meningkat.
Susulan itu, Tun Mahathir pantas mendakwa #UndiRosak merupakan perang saraf yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri
Katanya, BN sengaja menggunakan taktik ‘reversed psychology’ (psikologi terbalik) seperti itu, dan membiarkan ianya tular di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya golongan muda, kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka.
BACA: Gerakan #UndiRosak ini orang UMNO dan BN yang buat, dakwa Tun M
Namun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga timbalan presiden UMNO, menggesa agar rakyat agar tidak terpengaruh dengan kempen undi rosak yang ditularkan oleh pihak tertentu dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.
Sementara itu, pakar perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, walaupun kempen seperti itu tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun dikhuatiri ia akan memberi kesan buruk kepada sistem demokrasi negara ini.
“Gerakan ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat, kalau lebih lantang dia akan dapat memberi kesan yang tidak baik pada sistem demokrasi,” katanya.
#Astro Awani #Barisan Nasional #Dr Shamrahayu #Hisomuddin Bakar #ILHAM Centre #Mahathir Mohamad #MalaysiaMemilih #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #pilihan raya #politik #Suruhanjaya Pilihan Raya #Twitter #UMNO #undi rosak #undirosak #Zahid Hamidi