KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pakistan bersetuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon malam tadi.
"Menerusi perbualan telefon tersebut, kami senada mahu meneroka ruang untuk memperhebat hubungan Malaysia-Pakistan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
"Mendoakan semoga hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus berkembang demi manfaat bersama, insya-Allah," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini.
Anwar berkata, beliau juga menyambut baik cadangan Shehbaz untuk mengeskport daging halal dari negara itu ke Malaysia.
Selain itu, Anwar berkata, turut dibincangkan dalam perbualan telefon tersebut adalah pelbagai isu serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Gaza dan Afghanistan.
"PM (Perdana Menteri) Shehbaz juga memuji pendirian Malaysia terkait permasalahan di Palestin," katanya.
Menurut beliau lagi, kedua-dua mereka juga menzahirkan harapan agar hubungan antara Malaysia dan Pakistan terus diperkukuh, dan Shehbaz mengulangi undangan untuk Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan secepat mungkin.
Kedua-dua pemimpin itu juga berbalas ucapan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di kebanyakan negara termasuk Malaysia semalam. - Bernama
Bernama
Thu Apr 11 2024
Anwar dihubungi rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz malam tadi yang menyatakan persetujuan untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Lelaki rantai diri di tiang gol papar baju 'kad merah kepada Israel'
Seorang lelaki merantai dirinya di tiang gol sebelum perlawanan pusingan Kelayakan Euro Wanita 2025 di antara Scotland dan Israel pagi tadi.
OKU dipukul: Beri ruang pihak berkuasa siasat - Fahmi
Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas dadah bernilai RM11.6 juta, dalam serbuan di sekitar Johor Bahru.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Polis kesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai
Polis sedang mengesan suspek kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di George Town semalam.
Tumpahan minyak lori terbakar hampir sebabkan gangguan air di Selangor
Tumpahan minyak daripada kenderaan itu berisiko menyebabkan pencemaran kepada sumber air berhampiran Sungai Lamiar dan seterusnya ke Sungai Labu, Selangor.
Raikan perpaduan, teras ke arah kemakmuran bersama
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.
Alena & Velvet ajak anda 'berjugit' Gawai ini
Pemain sape Alena Murang dan penyanyi Velvet Aduk mengajak anda 'berjugit betanda' sempena kemeriahan sambutan pesta menuai kali ini. 'Berjugit Betanda Menari' lagu rancak yang disulamkan dengan rentak etnik ini adalah karya pertama dua duo ini yang turut dinyanyikan dalam bahasa Iban dan Dusun.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Malaysia-Pakistan setuju perhebat hubungan dagangan, pelaburan
Shehbaz Sharif dan Anwar setuju untuk meneroka ruang memperhebat hubungan kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.