awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALBATT 850-4: Misi pengaman dapat pengiktirafan antarabangsa

Bernama
Bernama
07/09/2016
12:10 MYT
MALBATT 850-4: Misi pengaman dapat pengiktirafan antarabangsa
Mohd Johari: MALBATT 850-4 dengan keseluruhan 850 pegawai dan anggota termasuk dua pegawai dan 28 anggota dari Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat. - Gambar fail
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum mahu pasukan Pengaman Malaysia (MALBATT) 850-4 ke Lubnan meneruskan tradisi kecemerlangan untuk menyambung misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Beliau berkata tradisi menghantar pasukan itu berkhidmat di bawah misi pengaman adalah pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang berterusan terhadap kredibiliti, kewibawaan dan profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Mereka (masyarakat antarabangsa) amat berpuas hati dengan anggota kita yang dapat menjalankan tugas dengan baik. Masyarakat Lubnan senang hati dengan Malaysia.
"Justeru, menjadi tanggungjawab seluruh anggota MALBATT 850-4 untuk memastikan bahawa pengiktirafan ini terus dipelihara demi memertabatkan lagi maruah negara dan ATM di persada antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemakaian Beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan pertama MALBATT 850-4 di Pangkalan Udara Subang di sini, hari ini.
Hadir sama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.
MALBATT 850-4 dengan keseluruhan 850 pegawai dan anggota termasuk dua pegawai dan 28 anggota dari Anggota Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan diaturgerakkan ke Lubnan secara berperingkat.
Pada majlis itu, sejumlah 215 anggota dan pegawai kumpulan pertama, diketuai oleh Komander MALBATT 850-4, Kolonel Nazim Mohd Alim, untuk menggantikan kumpulan MALBATT 850-3.
Penghantaran kedua dan ketiga akan dilaksanakan pada 14 Sept dan 20 Sept ini manakala kumpulan terakhir pada 26 Sept ini.
Topic Berkaitan
#ATM
#MALBATT
#Mohd Johari Baharum
#Pengaman Malaysia
#UNIFIL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan