awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malim gunung bukan sekadar penunjuk arah, mereka penyelamat situasi

Faida Rahim
Faida Rahim
20/10/2025
08:57 MYT
Malim gunung bukan sekadar penunjuk arah, mereka penyelamat situasi
Mohd Hafifi berkata, skop kerja seorang malim gunung merangkumi empat aspek utama iaitu sebagai jurupandu arah, pengendali komunikasi kecemasan, pengesan sumber air dan penyelamat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malim gunung bukan sekadar penunjuk arah di laluan pendakian, malah memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelangsungan aktiviti pendakian di seluruh negara.
Setiausaha Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Mohd Hafifi Mohd Nor berkata, skop kerja seorang malim gunung merangkumi empat aspek utama iaitu sebagai jurupandu arah, pengendali komunikasi kecemasan, pengesan sumber air, dan penyelamat dalam situasi kecemasan.
“Sebagai jurupandu arah, malim gunung perlu mahir dengan selok-belok laluan pendakian termasuk mengenal pasti kawasan yang mempunyai liputan rangkaian komunikasi serta titik-titik penting untuk tindakan kecemasan,” katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, penggunaan radio amatur yang berlesen di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga menjadi salah satu alat komunikasi penting yang digunakan oleh malim gunung, terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai liputan telefon.
Selain itu, pengetahuan tentang sumber air di sepanjang laluan pendakian juga merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap malim gunung bagi memastikan keperluan asas pendaki sentiasa mencukupi.
Tambah Hafifi lagi, di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat kira-kira 2,200 malim gunung bersekutu negeri di bawah seliaan Jabatan Perhutanan. Ramai dalam kalangan mereka menjadikan tugas ini sebagai pekerjaan sambilan, selain daripada kerjaya hakiki masing-masing.
Garis panduan yang diguna pakai oleh ahli persatuan turut menekankan keperluan untuk meneroka laluan baharu, memahami jejak pendakian secara menyeluruh, serta bersedia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Antara keperluan asas yang perlu dibawa oleh setiap malim gunung termasuklah beg galas, lampu suluh, kit kecemasan, makanan tambahan, khemah, parang, telefon atau walkie-talkie, serta pemetik api.
Katanya lagi, peralatan perkhemahan seperti flagship, groundsheet, tali dan peralatan memasak juga adalah antara kelengkapan wajib.
"Kit kecemasan pula perlu mengandungi gulung kain pembalut, gunting, ubat antiseptik, losen, antihistamin, arang aktif dan ubat-ubatan asas lain.
“Seseorang malim gunung perlu tahu lokasi-lokasi yang mempunyai liputan telefon dan radio, serta titik darat terdekat sekiranya berlaku kecemasan.
"Ini penting untuk memastikan komunikasi dengan pihak berkuasa dapat dilakukan dengan segera," katanya.
Hafifi turut menekankan kepentingan membawa alat bank kuasa (power bank) yang mencukupi untuk memastikan peranti komunikasi kekal berfungsi sepanjang tempoh pendakian.
Dengan peranan yang semakin mencabar dan penting, malim gunung kini bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada aktiviti pendakian, malah turut berperanan sebagai penjaga keselamatan dan pemudah cara kepada para pendaki di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#malim gunung
#MCMC
#Mohd Hafifi Mohd Nor
#daki gunung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan