GEORGE TOWN: Malim gunung atau sherpa di kawasan Gunung Everest akan terus mencari pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas, pada musim pendakian tahun hadapan.
Pengarah Pioneer Adventure Nivesh Karki, 35, berkata syarikatnya di Nepal memberi jaminan akan terus bersama-sama dengan 20 syarikat sherpa lain yang menjalankan kerja pendakian di Gunung Everest untuk menyambung pencarian Muhammad Hawari, 33, pada musim pendakian bermula April hingga Mei.
Beliau yang datang ke Malaysia untuk bertemu ibu kepada Muhammad Hawari iaitu Che Tom Hassan, 64, berkata atas rasa tanggungjawab beliau akan menunaikan janji yang dibuat kepada wanita itu untuk mencari anaknya yang hilang.
"Kami akan terus mencari Muhammad Hawari kerana dia merupakan ahli keluarga kami dan bagi kami misi pencarian itu walaupun sukar ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana terdapat jasad pendaki yang hilang sejak 1942 ditemukan dalam keadaan yang masih utuh pada 2019.
"Kami hanya perlu mencari sebarang tanda atau jejak yang ditinggalkan oleh pendaki malah syarikat kami turut menawarkan ganjaran kepada malim gunung yang berjaya menemui Muhammad Hawari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Nivesh dan seorang lagi jurugambar bebas, Bidhan Shrestha didatangkan khas dari Nepal menerusi inisiatif Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) yang menganjurkan program Eternal Ascent: Journey with The Malaysian Everest Expedition 2023, di Balai Seni Negeri di sini hari ini.
Turut hadir pada program itu Che Tom bersama ahli keluarganya termasuk isteri Muhammad Hawari, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, dan dua anak mereka iaitu Hana Sakeena, 4, dan Haris Sufian, 2.
Muhammad Hawari sebelum ini bekerja di LMNPP.
Mereka dan jemputan lain yang hadir mendengar sendiri perkongsian Nivesh dan Bidhan yang terlibat secara langsung dalam misi mencari Muhammad Hawari di puncak tertinggi dunia itu yang diterjemahkan oleh jurubahasa kepada bahasa Melayu dan bahasa isyarat kerana Saffiyah serta dua anaknya juga OKU pendengaran.
Che Tom yang ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa lega dengan jaminan diberikan oleh Nivesh dan syarikat tersebut yang mahu meneruskan pencarian anaknya Muhammad Hawari pada pendakian musim akan datang dan seterusnya.
Beliau yang menangis sepanjang tayangan video perjalanan Muhammad Hawari mendaki Gunung Everest dan perkongsian Nivesh, berkata mereka sekeluarga berharap sekurang-kurangnya jasad anaknya itu dapat ditemukan supaya ada kuburnya.
"Saya rasa sangat lega apabila malim gunung dari Nepal akan meneruskan pencarian Hawari. Sebagai ibu saya ingin melihat sekurang-kurangnya jasad anak saya, selagi tidak nampak di depan mata saya akan terus tertanya-tanya di mana dia," katanya.
Che Tom berkata baju sejuk berwarna oren yang dipakai Muhammad Hawari ketika mendaki Gunung Everest kini menjadi pengubat rindu kepada anaknya itu.
''Baju ini dibawa balik dari Nepal dan sekarang isteri Hawari mengantung baju ini di rumah kami, saya akan lihat baju ini setiap hari. Bila saya lihat baju ini saya rasa seolah-olah saya nampak Hawari memakainya," katanya.
Sementara itu, Saffiyah yang sebelum ini tidak bekerja berkata beliau telah mula bekerja sebagai kerani sambilan di Jabatan Kebajikan Masyarakat di Seberang Perai Utara bagi menampung keperluan bersama dua anaknya.
Beliau yang tinggal di rumah Che Tom di Kampung Permatang Kerai Besar di sini berkata anaknya, Hana Sakeena boleh dikatakan hampir setiap malam menangis kerana rindukan ayahnya malah sering bertanya kenapa Muhammad Hawari tidak pulang.
"Sekarang ini fasa untuk teruskan kehidupan dan kami sekeluarga memang harapkan jasadnya ditemukan kerana Hana paling terkesan rindukan ayahnya, sekurang-kurangnya jika jumpa jenazah dia tahu ayahnya telah meninggal," katanya.
Muhammad Hawari dilaporkan hilang selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut. Sehari sebelum itu, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia itu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari dihentikan dan akan disambung tahun depan berikutan permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal, sudah tamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Sherpa di kawasan Gunung Everest akan terus mencari Muhammad Hawari yang hilang sejak 19 Mei lepas, pada musim pendakian tahun hadapan. - Foto: Sinar Harian
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Norfazli Abd Aziz, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang tadi oleh pegawai perubatan.
Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest
Ikhtiar bersama 20 syarikat sherpa lain demi menjalankan kerja pendakian di Gunung Everest untuk menyambung pencarian.
Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb
Pembukaan semula itu meliputi enam Taman Eko Rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan.
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian
Penggunaan MGP akan disyaratkan khususnya melibatkan aktiviti pendakian di HSK berisiko bagi memastikan keselamatan pendaki terjamin.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan
Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.
Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong
Suzana berkata vaksinasi sangat penting bukan hanya untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak tetapi juga kepada pelancong yang dibawa mendaki Gunung Kinabalu nanti.
Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung
Jahimin pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.