IPOH: Pernah berdepan krisis kepercayaan ketika mula-mula memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah pada 2019 sekali gus menjadi wanita pertama negara menerajui JBPM negeri, Sayani Saidon tidak pernah menjadikan cabaran tersebut sebagai penghalang memperkasa kerjaya kebombaan.
Dikenali sebagai "Mama Yani" dalam kalangan warga bomba, beliau yang kini memegang tampuk JBPM Perak juga merupakan pengarah wanita pertama jabatan itu di negeri ini.
"Kesiapsiagaan jentera, kemahiran serta kebajikan anggota menjadi visi dan misi saya di sini, saya akan terus membawa amanah di bahu saya dari Kedah ke negeri ini," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini, baru-baru ini.
Ibu kepada tiga anak berusia 26 hingga 17 tahun ini berkata, ketiga-tiga aspek berkenaan amat penting dalam merealisasikan misi dan visi bomba supaya perkhidmatan kebombaan dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan.
Berkenaan kesiapsiagaan jentera, Sayani yang memulakan tugasnya sebagai Pengarah JBPM Perak awal bulan ini berkata, beliau mahukan 70 peratus daripada jumlah jentera melibatkan kenderaan operasi berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan pada setiap masa.
Baki 30 peratus lagi yang tidak bersedia digunakan, katanya, mestilah dalam tempoh pembaikan dan boleh digunakan selepas dibaiki sepenuhnya.
"Kalau bomba hadir (ke lokasi) tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik, kami tidak dapat beri perkhidmatan yang baik. Jadi aset jentera itu mesti dalam keadaan yang siap sedia," kata anak jati Perak ini.
Anak tunggal perempuan daripada lima beradik ini berkata, kemahiran anggotanya dalam bidang khusus penyelamatan juga perlu diperkasakan kerana jajaran lebuh raya di negeri ini merupakan antara yang terpanjang melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan.
Ujarnya, perkara itu memerlukan anggotanya sentiasa berisiko tinggi bagi menangani kemalangan jalan raya.
"Di situ saya lihat akan keperluan untuk saya memperkasakan dari segi aspek kecekapan penyelamatan jalan raya dalam kalangan anggota saya, itu saya perlu melihat dan pertingkatkan lagi," katanya.
Menyentuh berkenaan kebajikan anggotanya, Sayani berkata, pihaknya perlu cakna dengan aspek itu kerana anak buahnya itu boleh diarahkan bekerja pada bila-bila masa sahaja.
Pada masa sama, beliau turut membanteras penyalahgunaan dadah dan masalah disiplin dalam kalangan anggota serta pegawainya.
Sementara itu, Sayani berkata, terdapat 35 balai bomba di negeri yang beroperasi sepenuhnya melibatkan 1,200 anggota dengan jawatan Pegawai Bomba Sepenuh Masa (PSM) daripada keseluruhan 1,301 telah diisi sehingga kini.
"Pada masa sama, daripada 35 balai itu 24 daripadanya dibantu oleh Pegawai Bomba Bantuan seramai 248 orang yang sedang bertugas. Jadi dengan bantuan daripada Pegawai Bomba Bantuan ini kami mampulah menampung kekurangan itu," katanya yang turut memaklumkan pasukan JBPM Perak masih berupaya beroperasi secara optimum.
Tidak lengkap jika tidak bercerita cabaran sebagai wanita yang berada dalam dunia dimonopoli lelaki, wanita cekal ini berkata, cabaran besar buat dirinya ialah untuk membuktikan kepada pengurusan tertinggi bahawa mereka telah memilih individu yang betul sebagai pengarah negeri.
"Saya mengambil tanggungjawab sebagai Pengarah JBPM Kedah (ketika 2019) dengan yakin bahawa itu memang sudah ditakdirkan kepada saya untuk memegang tanggungjawab tersebut dan saya melakukannya dengan sebaik mungkin untuk memimpin lebih 800 orang pada masa itu, di Perak lebih besar cabaran saya memimpin lebih 1,000 anggota.
"Pada saya sebenarnya (menjadi) seseorang wanita bukanlah satu halangan untuk saya memimpin walaupun majoriti (anggota) bawahan saya adalah lelaki, iaitu kalau dalam kapasitinya kami lebih kurang lima peratus (bomba wanita) sahaja daripada keseluruhan (anggota) di seluruh negara," katanya.
Menerapkan suasana kekeluargaan dalam jabatan, beliau menegaskan, dirinya sentiasa bekerjasama dengan setiap lapisan pegawai dan anggota tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.
"Saya selalu menerapkan bahawa tidak ada seorang pun yang tidak penting yang menyumbang peranan mereka dalam menentukan kecemerlangan dan pencapaian jabatan. Setiap orang berperanan, bertanggungjawab dalam memastikan kita ini bukan penumpang.
"Saya selalu tekankan bahawa kita betulkan niat kita untuk bekerja, biasa kita dengar rumahku syurgaku, kita jadikan juga kerjaku ibadahku," katanya.
1 Jun lepas, Sayani menggantikan Azmi Osman yang bersara wajib daripada perkhidmatannya sebagai Pengarah JBPM Perak.
Pada Mac 2019 Sayani yang ketika itu merupakan Timbalan Pengarah JBPM Perak dinaikkan pangkat sebagai Pengarah JBPM Kedah sekali gus menyaksikan beliau sebagai pegawai wanita pertama dalam sejarah kebombaan di negara ini yang dilantik menjawat Pengarah JPBM negeri.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sayani Saidon atau Mama Yani diwawancara oleh wartawan Bernama di pejabatnya, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
"Mama Yani" teruskan misi, fokus perkasa bomba di Perak
Menjadi seorang wanita bukan satu halangan untuk Mama Yani memimpin walaupun majoriti anggota bawahannya lelaki.