SHAH ALAM: Seramai 5,000 ibu bekerja yang layak di Selangor boleh memohon Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja) mulai 1 Nov ini untuk menikmati RM1,000 secara sekali bayar bagi meringankan bebanan kos penjagaan anak.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Anfaal Saari berkata permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Selangkah dengan beberapa syarat kelayakan ditetapkan termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 12 tahun ke bawah dan berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.
"Mereka yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran insentif berkenaan di sini hari ini.
Syarat lain dan dokumen sokongan yang diperlukan serta maklumat lanjut berkenaan inisiatif itu boleh didapati menerusi laman sesawang https://mamakerja.selangkah.my/ atau menghubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.
Menurut Anfaal statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor adalah 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus.
Selain itu, katanya Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di negeri itu pada 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaran kos penjagaan anak yang tinggi.
Beliau berkata Insentif MamaKerja yang melibatkan peruntukan berjumlah RM5 juta itu merupakan antara strategi kerajaan negeri bagi menyokong penglibatan wanita dalam tenaga buruh selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1), "Mempertingkatkan Inklusiviti Sosial dan Kesejahteraan Rakyat" dengan tumpuan khas diberikan kepada golongan wanita dan institusi keluarga.
Anfaal berkata RS-1 menggariskan tidak kurang 12 program yang menyokong pembangunan dan kesejahteraan institusi keluarga di Selangor termasuk insentif program penjagaan kanak-kanak di tadika bagi keluarga B40 (Asuh Pintar), insentif pendidikan kanak-kanak di tadika (Tunas) dan insentif pendidikan dan terapi kepada anak-anak istimewa (Bantuan Khas dan Didik Anis) yang memanfaatkan lebih 20,000 penerima.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada 2020-2022 menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaran kos penjagaan anak yang tinggi. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Cukai taksiran Selangor naik 25 peratus mulai Januari 2025
Kerajaan Selangor bersetuju untuk menaikkan kadar cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 25 peratus berbanding kenaikan asal melebihi 100 peratus, berkuat kuasa 1 Jan tahun hadapan.
Banjir Selangor: Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera dibekukan
Cuti lebih 500 anggota Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dibekukan hingga Januari 2025 sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jakim dan JAIS kini dalam fasa memulihkan ahli-ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Penyokong mahu Selangor jelaskan sebab Nidzam letak jawatan
Penyokong menggesa Selangor FC mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab pengendali pasukan itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.
Kutipan hasil Selangor tahun ini melebihi sasaran - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion setakat bulan ini, melebihi sasaran awal ditetapkan pada RM2.2 bilion.
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
SDEC 2024 buka tirai, pacu perbincangan tentang AI, inovasi semikonduktor & pendigitalan PKS
Tiga hari SDEC 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membawa tema Building a Smarter Malaysia: Unleashing AI & Semiconductor.