JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan rock Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Majistret di sini pada Selasa atas dua pertuduhan memiliki serta mengambil dadah pada 2019.
Tertuduh yang lebih dikenali sebagai Mamat Exists bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, pelantun lagu Untukmu Ibu itu didakwa memberi dadah kepada diri sendiri dadah jenis methamphetamine pada jam 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.
Mamat juga mempunyai kesalahan berulang memberikan dadah kepada diri sendiri pada 2016 dan 2018.
Pendakwaan dibuat di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) (b) akta sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil manakala Mamat diwakili peguam Azlina Abdul Aziz.
Bagi pertuduhan kedua, Mamat didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat 0.17 gram pada 8 September 2019 pada jam 11.35 malam di Taman Perling.
Pertuduhan kedua dibuat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (3) akta sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqillah Ahmad Rofaei dan Mamat diwakili peguam sama.
Terdahulu di Mahkamah Sesyen, peguam mewakili tertuduh memohon anak guamnya dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Fatimah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan tarikh 22 Februari ini untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 23 2024
Mamat Exists mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkaitan dadah di mahkamah hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah
Mamat Exists bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Disangka sakit, Mamat bidas netizen rakam video tanpa tahu situasi sebenar
Nasihat Mamat pada netizen, fikir dahulu dan ambil tahu keadaan sebenar seseorang sebelum ghairah untuk membuat rakaman.
Mamat Exists dibebaskan dengan jaminan polis
Vokalis utama kumpulan Exists, Mamat sudah dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang Selasa.
Konsert reunion Exists berjalan seperti dirancang
Konsert Exists Reunion yang bakal diadakan pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam akan berjalan seperti yang dirancang.
Mamat Exists ditahan polis di Johor Bahru semalam
Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Tidak serik dengan perkahwinan, Mamat mahu kahwin lagi
Mamat tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ada jodoh lagi.