48 jam, sebelum wisel permainan gelanggang akhir Piala Malaysia dibunyikan, bahangnya semakin terasa panas.
Jurulatih kedua-kedua pasukan, Pahang dan Kelantan mula mencorak strategi dengan matlamat utama untuk muncul juara.
Biarpun gagal mengulangi kejayaan trebel musim lalu, Kelantan kini dalam kedaan terbaik untuk merangkul piala kedua selepas menjuarai Piala FA April lalu.
Namun, kemampuan pasukan Pahang juga tidak boleh diragui, meskipun ia masih merupakan pasukan yang baru dibentuk.
Persoalannya, mampukah pasukan Pahang menidakkan prestasi baik Kelantan Ahad ini?
Awani745 hari ini mengupas menyeluruh mengenai bahang Piala Malaysia bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, Pengurus Pahang, Zainal Abidin Hassan dan Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh.
Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an.
Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama Kapal Perang HMS Malaya.
Pada 1967, sekali lagi ia ditukar ke Piala Malaysia yang digunakan sehingga sekarang.
Bagi tahun ini, gandingan Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh banyak membawa perubahan dalam pasukan Tok Gajah pada musim ini yang menunggu 16 tahun untuk mara ke final.
Namun yang pasti menarik perhatian bukan sahaja permainan di atas padang, tetapi perang penyokong kedua-dua pasukan yang sudah pun bermula.
Dalam pada itu, bagi memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang insiden, 2,000 anggota polis ditugaskan mengawal kira-kria 80,000 penyokong Kelantan dan Pahang yang akan membanjiri Stadium Shah Alam, Ahad ini.
Astro Awani
Sat Nov 02 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Astro AWANI dekati golongan terkesan impak inflasi di PPR Muhibbah malam ini
Buletin AWANI745 dan Agenda AWANI akan bersiaran secara langsung dari PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.
Sibu tuan rumah Hari Malaysia 2020
Bertemakan Malaysia Prihatin Sibu dipilih jadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2020.
UNDIAN: Adakah 'fogging' memadai?
Kes kematian akibat denggi meningkat 263 peratus sejak Januari sehingga 22 Feb berbanding tempoh sama tahun lalu. Astro AWANI ingin mengetahui sejauh mana anda memahami tentang denggi.
Berapa anda sanggup bayar untuk sarapan pagi?
Sejauh manakah kesudian kita untuk membelanjakan wang untuk makan di luar?
'Menyemai kesedaran melalui pendidikan perlu disegerakan'
AWANI745 hari ini membincangkan kesedaran isu alam sekitar bersama Perunding Alam Sekitar, Amlir Ayat.
Cukai: Dilema antara beban dan tanggungjawab
AWANI745 mengupas tentang tanggungjawab membayar cukai yang dilihat sebagai satu beban oleh rakyat Malaysia.
'Kawal nafsu dalam berbelanja, daripada merungut tentang harga barang naik'
Dengan kos sara hidup yang meningkat di negara kita, saranan daripada rakyat dan juga beberapa NGO dan pakar kewangan.
Adakah Bajet 2014 menepati tuntutan kos sara hidup rakyat?
AWANI745 mengupas tentang isu yang banyak memberi impak kepada rakyat seperti isu perumahan serta cukai pasca pembentangan Bajet 2014.
Tawaran BN imbangi keperluan kerohanian dan pembangunan
Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan kemahuan penduduk Sungai Limau seimbang antara keperluan pembangunan moden dan keilmuan Islam yang luas.
PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit
PAS akui saingan PRK N20 bakal sengit menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November ini.