awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mana rumah kami? - Mangsa banjir Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/10/2015
04:44 MYT
Mana rumah kami? - Mangsa banjir Kelantan
Penduduk mendakwa, selepas 10 bulan ditimpa musibah banjir, kerajaan masih gagal menyediakan kediaman kekal seperti yang dijanjikan sebelum ini. - Astro AWANI
Lebih 100 keluarga mangsa banjir Kelantan, yang masih menghuni kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani dan khemah sementara di Bandar Utama, menagih janji kerajaan membina rumah kekal untuk mereka.
Penduduk mendakwa, selepas 10 bulan ditimpa musibah banjir, kerajaan masih gagal menyediakan kediaman kekal seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Ironinya, biarpun penempatan sementara tidak selesa mereka nekad tinggal dalam khemah atau di kem PLKN, kerana ia disifatkan satu-satunya pilihan yang ada.
Ada di antara khemah yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah rosak akibat pendedahan berterusan kepada cuaca panas dan hujan.
Namun, kerana ketiadaan pilihan, penduduk terpaksa membaiki sendiri kerosakan yang dikesan pada khemah mereka.
"Kami terpaksa mengorek longkang sendiri kebelakangan ini, kerana hujan lebat melanda setiap hari dan kami bimbang air takungan kerana hujan akan memasuki khemah, " luah Ramlah Ismail, salah seorang penghuni khemah.
Seorang lagi penghuni menyifatkan situasi jerebu turut menambah kesengsaraan mereka.
"Sekarang bukan hanya hujan dan panas, ada juga jerebu, kami di sini bersama anak-anak kecil, mereka berdepan risiko kesihatan," kata Ku Amran Ku Mat.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamad berharap masalah penduduk tersebut dapat diatasi segera.
Ini kerana mereka dijangka berdepan musim tengkujuh hujung November depan.
Lebih 200 buah rumah kekal baharu diperlukan mangsa banjir di daerah Gua Musang.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#penempatan sementara
#plkn
#rumah kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan