OLE Gunnar Solskjaer sedang mempertimbangkan sama ada akan menghalang bintang Manchester United, Bruno Fernandes, daripada melaporkan diri bersama Portugal bagi perlawanan antarabangsa berikutan prosedur operasi standard (SOP) kuarantin COVID-19 yang ditetapkan pemerintah.
Juara bertahan Euro itu dijadual menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini -- di gelanggang sendiri bertemu Azerbaijan (24 Mac), ke Serbia (27 Mac) sebelum bertolak ke Luxembourg (30 Mac).
Itu bererti pemain tengah itu perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel yang diluluskan oleh pemerintah Inggeris selama 10 hari sebaik kembali ke United Kingdom berikutan langkah ketat bagi mengekang penularan pandemik berkenaan.
Ia bakal menyaksikan Solskjaer kehilangan khidmat Fernandes ketika menentang Brighton & Hove Albion (3 April) dan Tottenham (10 April).
Ditanya mengenai situasi itu selepas seri tanpa gol menentang Crystal Palace awal pagi tadi, pengurus United itu memberitahu wartawan: "Kami belum membincangkannya dan membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, tetapi adalah tidak masuk akal jika kami kehilangan pemain selama 10 hari gara-gara kuarantin.
"Kami membayar gaji pemain dan daripada apa yang saya faham, kami boleh menghalang pemain daripada pergi, ia ada dalam peraturan.
"FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) telah meletakkan peraturan bahawa pemain tidak semestinya dilepaskan, ia satu keputusan yang sukar untuk membenarkan mereka beraksi di negara-negara zon merah.
"Saya mahu Bruno bersedia untuk bertemu Brighton dan semoga kami berjaya di peringkat Eropah dan menentang Tottenham selepas jadual antarabangsa."
Astro Arena
Thu Mar 04 2021

Fernandes perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel yang diluluskan oleh pemerintah Inggeris selama 10 hari sebaik kembali ke United Kingdom berikutan langkah ketat bagi mengekang penularan pandemik berkenaan. - Foto Astro Arena

AWANI Ringkas: Elak gelombang keempat COVID-19 | Bazar boleh diarah tutup bila-bila masa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki dibunuh, mayat ditinggal dalam kebun getah
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu.

COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca
Australia mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Sonny amat bertuah bapanya lelaki lebih baik daripada Ole - Mourinho
Solskjaer meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan Son merebahkan badan dalam babak pertama pertemuan EPL di antara kedua-dua pasukan itu.

Ego dan trofi: Mourinho perlekeh mentaliti Solskjaer
Mourinho cukup yakin bahawa Alex Ferguson mempunyai pendapat yang berbeza tentang hal yang dinyatakan Ole Gunnar Solskjaer.

Manchester United kena sergah
Tandukan Danny Welbeck ke atas bekas kelabnya itu meletakkan Brighton yang diancam penyingkiran memecah kebuntuan perlawanan dalam babak pertama.

Solskjaer bawa saya ke tahap yang lebih tinggi - Shaw
Shaw telah menjadi salah satu pemain terbaik United musim ini dan kembali ke peringkat antarabangsa untuk pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.

United gagal prestasi atasi City - Solskjaer
United cemerlang selepas mereka mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) City di Stadium Etihad, namun Red Devils gagal melakukan perkara yang sama ketika berdepan skuad Milan.

Dean Henderson kemudi gawang Manchester United kekang City
De Gea terlepas perlawanan ketika mereka buntu tanpa jaringan di Crystal Palace, kelmarin, yang disifatkan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, sebagai hal "peribadi".

Manchester United halang Bruno Fernandes wakili Portugal
Portugal dijadual menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini.

EPL: Kami fokus kepada permainan sendiri - Solskjaer
United mengatasi Newcastle United 3-1 awal pagi tadi untuk kekal di tangga kedua, di hadapan Leicester City dengan perbezaan jaringan tetapi ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Manchester United sedia bincang kontrak baru Cavani
Dia telah menyumbat enam gol dalam lapan permulaan EPL termasuk sembilan sebagai pemain gantian, rata-rata dia meledak satu gol dalam setiap 140.83 minit.

VAR perlukan kopi, mereka mesti tertidur - Solskjaer
Pengadil Craig Pawson memberikan United sepakan penalti pada minit kedua selepas Semi Anjayi menolak Harry Maguire.