SINTOK: Graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) diingatkan agar dapat memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan atau 'Artificial Intelligence' (AI) untuk menjadikan diri lebih berdaya saing.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, yang juga Pro-Canselor UUM bertitah, graduan juga perlu bersedia untuk memperbaiki diri agar lebih berkeupayaan berbanding AI.
Titahnya, AI telah menjadi pemangkin perubahan positif dalam pelbagai aspek kehidupan dan sebagai graduan yang cemerlang, graduan seharusnya memanfaatkan AI dengan bijak demi meningkatkan produktiviti, prestasi, kemahiran dan berkeupayaan dalam pekerjaan untuk menjadi lebih berdaya saing.
"AI amat penting dalam kehidupan kita pada masa kini. Kita sedang berada di tengah-tengah revolusi teknologi berkaitan AI yang mengubah bentuk dunia kita. Penemuan teknologi AI ini mempunyai impak setaraf dengan penemuan internet, telefoni, dan lain-lain lagi.
"Sesungguhnya, AI bukan sahaja berkaitan kepada graduan dalam bidang teknologi maklumat atau komputer tetapi ianya merentasi semua disiplin ilmu termasuk pendidikan, statistik, multimedia, pengajian Islam, undang-undang, pentadbiran awam hingga ke perniagaan antarabangsa.
Titah Pro-Canselor UUM itu lagi, kesan AI boleh dilihat di mana-mana sama ada dari kereta pintar yang bergerak di jalan raya, sistem yang mengendalikan rumah pintar, penterjemah 'real-time' seperti Google Translate yang membantu manusia berkomunikasi dalam pelbagai bahasa atau algoritma yang mencadangkan lagu kegemaran di Spotify dan rekomendasi filem berdasarkan minat di Netflix.
Titahnya lagi, AI boleh berkomunikasi dalam berpuluh-puluh bahasa meskipun bahasa utama AI masih Bahasa Inggeris kerana data raya banyak dalam bahasa tersebut tetapi AI juga secepat kilat boleh menterjemahkan bahasa berkenaan.
Walau bagaimanapun titahnya, terjemahannya setakat ini belum 100 peratus tepat. Ianya perlu disemak dan diedit kembali. Sekiranya tidak, ianya mungkin akan membawa maksud yang salah dan tidak profesional, malah boleh juga menjadi bahan jenaka.
"Inilah sebabnya saya percaya, penguasaan bahasa yang baik mesti ada pada semua graduan, kebolehan berbahasa Inggeris dan bahasa ketiga merupakan sesuatu yang wajib kini.
"Semua graduan perlu memastikan falsafah moral, akhlak dan adab mestilah menjadi kompas untuk memandu ke arah kehidupan yang lebih baik. Dugaan, ujian dan cabaran sentiasa akan muncul dalam perjalanan hidup ini. Kemunculan teknologi seperti AI tidak memberi manfaat semaksimum, jika falsafah hidup kita tidak berdasarkan prinsip-prinsip moral yang diterima sejagat," titahnya pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-36 UUM di Dewan Mu'adzam Shah, pagi ini.
Tuanku Pro-Canselor bertitah, sikap, integriti dan disiplin mestilah sentiasa diperkukuhkan kerana dengan cara itu graduan dapat menjadi seorang warganegara yang bukan sahaja memberi manfaat kepada diri, malah memberi manfaat kepada orang lain, masyarakat dan negara.
Titahnya, seharusnya graduan yang dihasilkan oleh universiti adalah mereka yang beradab dan proses menyempurnakan adab diri itu mesti berlaku secara berterusan, malahan janganlah ada dalam kalangan mereka yang berilmu tetapi tidak beradab.
Pada Isnin, seramai 727 graduan terdiri daripada penerima Doktor Falsafah, Doktor Pengurusan, Doktor Pentadbiran Perniagaan dan sarjana menerima ijazah masing-masing yang disampaikan Tuanku Pro-Canselor.
Astro Awani
Mon Nov 20 2023

Raja Muda Kedah bertitah, teknologi AI kini merentasi semua disiplin ilmu dan tidak terbatas kepada bidang teknologi maklumat atau komputer sahaja. - Gambar ihsan UUM

'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.

Manfaat AI, jadikan diri lebih berdaya saing - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin bertitah, graduan perlu bersedia untuk memperbaiki diri agar lebih berkeupayaan berbanding AI.