HULU TERENGGANU: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Kelantan dan Terengganu kali ini, akan menerima bantuan sehingga RM10,000 sama seperti yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau mengumumkan perkara itu ketika melakukan lawatan dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23 di sini, pada Rabu.
"Apa yang kita beri kepada mangsa banjir sebelum ini pada gelombang pertama kita akan bagi sama di Terengganu dan Kelantan ini. Maksudnya sama, bantuan wang ihsan RM1,000 selain RM2,500 untuk membeli barangan keperluan rumah dan untuk baiki rumah serta kenderaan (dan sebagainya)," katanya.
Beliau berkata jika dicampur semua bentuk bantuan berkenaan termasuk baucar pembelian barangan, nilai yang diterima setiap isi rumah mencecah hampir RM10,000.
Terdahulu, beliau tiba di PPS berkenaan pada 2.15 petang dengan diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra dengan orang ramai, sebelum menyampaikan sumbangan berkenaan kepada mangsa banjir.
Hulu Terengganu merupakan daerah paling teruk terjejas akibat banjir, susulan beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, turut terlibat kali ini, sehingga menyebabkan kerosakan harta benda yang serius.
Setakat pukul 2 petang tadi, jumlah penduduk yang dipindahkan ke 68 PPS di daerah Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu, berjumlah 15,317 orang daripada 4,011 keluarga.
Nur Fazlizai Ali
Wed Mar 02 2022

Ismail Sabri melakukan lawatan dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Batu 23, Kuala Berang, pada Rabu. - Bernama

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed ada gangguan psikologi. Ini gara-gara mendakwa menteri dari Pas sebagai gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

Lebih RM1.5 bilion diperuntuk atasi masalah banjir Kelantan
Fasa pertama PSLB dan tebatan banjir melibatkan kos sebanyak RM656 juta dan dijangka siap pada tahun 2024.

PPS terakhir ditutup, banjir Kelantan pulih sepenuhnya
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila Pusat Pemindahan Sementara, PPS di Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang ditutup hari ini.

Rumah dihanyut banjir: Kediaman akan dibina semula, tidak perlu bayar sewa
Penduduk yang hilang tempat berteduh apabila rumah mereka dihanyutkan banjir di Kampung Teresan di sini, baru-baru ini, menerima satu lagi khabar gembira, hari ini.

Sempadan dikawal walaupun banjir buruk di Rantau Panjang
Sempadan negara khususnya di Rantau Panjang dikawal dengan rapi melalui rondaan dengan bot oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Marin sepanjang banjir buruk melanda daerah itu.

Banjir Kelantan: 1,437 orang berada di lima PPS
Setakat 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di empat PPS di Pasir Mas dan sebuah PPS di Tumpat.

Banjir: Terengganu pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Kelantan menurun
Banjir di Terengganu dilaporkan pulih sepenuhnya pada awal petang Sabtu, selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup secara rasmi jam 1.00 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu terus menurun
Jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri di Pantai Timur menunjukkan trend penurunan setakat 8 malam ini.

Hampir 100 jemaah redah banjir tunai solat Jumaat di Tumpat
Hampir 100 jemaah meredah banjir atau menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Simpangan Hilir.

Banjir Kelantan ragut lima nyawa
Banjir melanda Kelantan meragut lima nyawa setakat semalam dengan terbaru membabitkan seorang pemuda Kelainan Upaya (lembam) berusia 20 tahun.

Banjir Kelantan: Penduduk mula pulang bersihkan rumah
Sebahagian mangsa banjir di daerah ini mula pulang ke rumah masing-masing bagi meninjau kerosakan dan memulakan kerja pembersihan, hari ini.