awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
Sangka ikan besar di Sungai Kelantan, rupanya wanita hampir lemas
Doktor ditahan disyaki bunuh isteri dan anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penuntut universiti ditemukan lemas di air terjun Gunung Jerai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/07/2025
22:50 MYT
Penuntut universiti ditemukan lemas di air terjun Gunung Jerai
Anggota pasukan keselamatan berada di lokasi mangsa yang dipercayai terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Bukit Dinding, Gunung Jerai pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMs) ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di kawasan Air Terjun Lata Bukit Dinding, Gunung Jerai pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan berkata, kira-kira jam 11.47 pagi, anggota bertugas di Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan MERS 999 memaklumkan seorang lelaki dipercayai lemas.
Beliau berkata, hasil siasatan, mangsa ke kawaaan itu bersama tujuh rakan lain ke kawasan air terjun terbabit yang terletak di Gunung Jerai untuk tujuan mendaki.
"Ketika sampai di kawasan air terjun Bukit Dinding, seorang penuntut wanita dipercayai lemas dan menjerit meminta tolong.
"Mangsa bersama seorang lagi rakannya terus terjun ke dalam air untuk menyelamat namun rakan mangsa berjaya berjaya membawa penuntut wanita ke tebing.
“Mangsa bagaimanpun tenggelam dan rakan lain yang panik terus menghubungi talian MERS999 untuk meminta bantuan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Hanyan berkata, mayat mangsa ditemukan lemas pada jam 2.30 petang.
Jasad Muhammad Zaim Ikhwan Mohd Fauzi, 24, berasal dari Yan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#lemas
#penuntut universiti lemas
#UniSHAMS
#Air Terjun Lata Bukit Dinding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan