awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Serigala terlepas dari kandang di zoo Tokyo, pengunjung diminta berlindung
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang

Bernama
Bernama
20/03/2023
08:37 MYT
Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang setakat 4 petang ini, berbanding 10,396 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi susulan penutupan tiga PPS. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 8,650 orang setakat 4 petang ini, berbanding 10,396 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi susulan penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS yang ditutup adalah Dewan Orang Ramai Taman Seri Sulong, Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal dan Sekolah Agama Sri Bengkal.
"Penutupan PPS tersebut menjadikan keseluruhan 47 PPS yang menempatkan 2,475 keluarga masih beroperasi, setakat ini," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat juga masih berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok (19.05 meter), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong (11.12 m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.3 m).
Cuaca di lima daerah diramalkan hujan pada petang ini, Kulai pula mendung, manakala Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Tangkak diramal cerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#banjir
#pusat pemindahan
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan