awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini

Bernama
Bernama
22/03/2023
14:46 MYT
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini, berbanding 1,813 orang yang direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan, antara PPS yang ditutup ialah Sekolah Agama (SA) Seri Binjai, SA Seri Medan, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manggis dan SK Sri Bandan.
Menurut JPBN, dengan penutupan PPS tersebut kini hanya tinggal 10 PPS yang menempatkan 299 keluarga masih beroperasi.
JPBN turut memaklumkan malam ini bahawa tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.
Cuaca di tujuh daerah pada malam ini dilaporkan cerah kecuali Muar, Kluang dan Batu Pahat yang dijangka mendung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir Batu Pahat
#banjir johor
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan