awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Cameron Highlands dibenar pulang bersihkan rumah

Bernama
Bernama
09/11/2014
03:39 MYT
Mangsa banjir di Cameron Highlands dibenar pulang bersihkan rumah
Bagaimanapun, katanya penduduk terbabit hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan disahkan selamat. - Gambar Fail
Mangsa banjir di sekitar Ringlet dan Lembah Bertam yang ditempatkan di pusat pemindahan sejak Rabu lepas berikutan pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar, hari ini dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata penduduk dibenarkan pulang bagi tujuan itu, berikutan keadaan cuaca cerah pagi ini.
"Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat akan sentiasa memantau keadaan ketika penduduk melakukan kerja pembersihan," katanya ketika dihubungi Bernama,di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya penduduk terbabit hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan disahkan selamat.
Katanya jumlah mangsa di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet setakat 9.30 pagi ini masih kekal 91 orang daripada 28 keluarga.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera.
Topic Berkaitan
#banjir lumpur
#bomba
#Cameron Highlands
#lembah bertam
#penyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan