awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 41,154 orang pagi ini

Bernama
Bernama
13/03/2023
02:41 MYT
Mangsa banjir di empat negeri berkurangan kepada 41,154 orang pagi ini
Keadaan sebuah rumah yang terletak berhampiran Sungai Senggarang digenangi air akibat limpahan sungai tersebut ketika tinjauan di Batu Pahat, Johor, semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus menunjukkan penurunan kepada 41,154 orang setakat pagi ini berbanding 41,994 orang malam tadi.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 40,847 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 41,661 orang yang direkodkan pada 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 11,496 keluarga masih ditempatkan di 139 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di empat daerah.
Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 39,256 orang daripada 10,966 keluarga, diikuti Muar dengan 781 orang (226 keluarga), Tangkak dengan 576 orang (241 keluarga) dan Segamat pula dengan 234 orang (63 keluarga).
Empat sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok pada paras 19.47 meter (m), Sungai Senggarang di Senggarang (3.63m), Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.40m) dan Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong (2.05m) serta Sungai Muar di Bukit Kepong (Muar) mencatatkan 3.57m.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin terus menurun kepada 61 mangsa daripada 14 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 87 orang daripada 20 keluarga malam tadi susulan empat PPS ditutup secara berperingkat sejak semalam.
Sekretariat JPBN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa tersebut ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.
Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 155 orang daripada 54 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Rompin.
Sementara itu, di SARAWAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir masih kekal 91 orang daripada 18 keluarga melibatkan kawasan Kuching yang ditempatkan di PPS Dewan Sinaran Lumut dan PPS Dewan Kampung Sungai Bedaun setakat 7 pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#paras air sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan