awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 28,008 orang

Bernama
Bernama
16/03/2023
14:16 MYT
Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 28,008 orang
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dalam satu kenyataan berkata Daerah Batu Pahat dan Segamat masih terjejas dengan 96 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi. - Gambar fail/APM
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di dua daerah di Johor semakin menunjukkan tanda-tanda positif dengan jumlah mangsa yang semakin berkurangan kepada 28,008 orang setakat 8 malam ini berbanding 29,063 orang yang direkodkan pada pukul 4 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dalam satu kenyataan berkata Daerah Batu Pahat dan Segamat masih terjejas dengan 96 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.
"Batu Pahat merupakan daerah yang mempunyai mangsa paling ramai iaitu 27,964 orang daripada 7,924 keluarga diikuti Segamat dengan 44 orang daripada 14 keluarga," menurut JPBN.
Tiada sungai di negeri ini yang direkodkan di paras bahaya, kata JPBN lagi.
Dengan ramalan cuaca cerah di semua 10 daerah di Johor, ramai mangsa dijangka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan paras air banjir makin surut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir johor
#PPS
#bencana banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan