awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42,704 orang

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
04/03/2023
13:27 MYT
Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42,704 orang
Situasi banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 42,704 orang, setakat jam 8 malam tadi. - Foto ihsan APM
JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor semakin memburuk apabila jumlah mangsa merekodkan peningkatan kepada 42,704 orang, setakat jam 8 malam tadi.
Angka itu menunjukkan pertambahan sebanyak 3,228 mangsa dari 39,476 mangsa pada pukul 4 petang tadi.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata seramai 12,408 buah keluarga yang terlibat dengan bencana itu, membabitkan pembukaan sebanyak 252 pusat pemindahan sementara (PPS) di kesemua 10 daerah di negeri ini.
Jelasnya, jumlah keluarga yang terjejas dan pembukaan PPS itu turut mempamerkan trend yang meningkat.
Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat 8 malam tadi, sejumlah 48 orang mangsa baharu direkodkan di Kulai, menjadikan daerah itu kembali terjejas dengan bencana tersebut.
"Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas, dengan 13,292 mangsa daripada 3,888 buah keluarga direkodkan di 76 PPS
"Disusuli daerah Batu Pahat, dengan 12,286 mangsa, membabitkan 3,558 keluarga yang ditempatkan di 55 PPS
"Manakala 40 PPS di sekitar daerah Kluang turut berjaya menempatkan sejumlah 5,292 mangsa, daripada 1,543 buah keluarga.
Daerah Muar merekodkan seramai 3,862 orang mangsa, Kota Tinggi 3,257 mangsa, dan Tangkak 2,912 mangsa.
"Selain itu, Mersing merekodkan 911 mangsa, Johor Bahru 517 mangsa, dan terakhir Pontian, seramai 327 mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Setakat jam 8 malam, angka korban masih kekal seramai empat orang, yang lemas susulan banjir di daerah Kluang dan Segamat.
Terdapat dua PPS di Segamat yang menempatkan lebih 2,000 orang mangsa, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jawa yang memuatkan 2,537 orang mangsa, dan PPS SK Seri Bali dengan 2,437 mangsa.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir meningkat
#banjir johor
#PPS
#Dr Azmi Rohani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan